ARKIB

KATEGORI

Buletin

Uzbekistan tempah 190 kit badan bas CKD keluaran Gemilang International Ltd

Berita Tempatan

Views

Syarikat pengeluar bas dan badan bas berpangkalan di Johor, Gemilang International Ltd (GML) berjaya meraih tempahan tunggal terbesar dari Uzbekistan membabitkan pembekalan 190 kit badan kenderaan itu.

Bernama melaporkan, GML menyifatkan kontrak tersebut berupaya mengukuhkan kedudukannya di Asia Tengah selain membantu syarikat menembusi negara-negara jiran seperti Belarus dan Kazakhstan.

Kontrak bagi penghantaran 190 kit badan bas menerusi pemasangan tempatan (CKD) sepenuhnya telah diterima pada Februari 2022 dan dijangka siap pada Oktober 2022.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Sebelum ini, syarikat tersebut telah menerima tempahan terbesar bagi penghantaran bas sekolah elektrik sepenuhnya ke California, Amerika Syarikat (AS).

Pihaknya juga yakin akan terus meraih manfaat daripada pembangunan infrastruktur di Uzbekistan berdasarkan kelebihan rekod pencapaiannya sebagai antara pengeluar utama bas dan badan bas di Asia.

Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pang Chong Yong berkata kontrak terbaharu itu juga merupakan tempahan berulang dari Uzbekistan yang dilihat sebagai peluang pertumbuhan berikutnya untuk syarikat terbabit di rantau berkenaan.

Menurut Pang, GML juga aktif dalam usaha mendapatkan projek-projek baharu di enam negara iaitu Malaysia, Uzbekistan, AS, Australia, Singapura dan Hong Kong.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Beliau berkata, sejajar dengan komitmen kebanyakan negara jiran untuk pengurangan dan seterusnya meneutralkan pelepasan karbon, GML sedia menawarkan penyelesaian mesra alam sekitar bagi peralihan tersebut yang dijangka melibatkan penggunaan elektrik dalam pengangkutan.

Selain itu, beliau juga berharap pertumbuhan berterusan GML dapat menyuntik lebih banyak kelebihan ekonomi untuk Malaysia bagi jangka panjang dalam bentuk peningkatan peluang pekerjaan, pelaburan modal serta inovasi membabitkan segmen EV.

Menurutnya, selain memberi tumpuan ke atas pengeluaran dan pembekalan bas diimport sepenuhnya (CBU), GML turut melihat peningkatan permintaan dalam segmen CKD yang membuka lebih banyak peluang baharu di peringkat global berikutan minat ketara ke atas bas-bas EV.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Gemilang Coachwork SDN BHD

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply