ARKIB

KATEGORI

Buletin

Varian baharu SUV mewah GLC 200 dilancarkan

Views

Mercedes-Benz Malaysia memperluaskan lagi portfolio SUV mewah mereka di Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu GLC 200. Ia tampil dengan rekaan luaran bercirikan ‘Off-Road’ yang memberikan imej yang lebih lasak menerusi kemasan krom dengan perak iridium legap pada bahagian gril hadapan. Selain itu ia turut menerima rima aloi ringan rekaan lima bilah bersaiz 19-inci, pelindung bawah yang disadur krom, sistem ekzos berkembar dengan kemasan krom dan rel bumbung anodized.

 

Untuk memberikan rupa yang lebih menyerlah, GLC 200 turut dilengkapi dengan lampu hadapan LED Berprestasi Tinggi yang memberikan pencahayaan yang lebih terang, warna lampu yang hampir sama dengan cahaya pada waktu siang dan jimat tenaga. Lampu belakangnya pula menggunakan teknologi LED yang menghasilkan visual yang menarik dan boleh dilihat dengan lebih jelas.

GLC 200 dikuasakan oleh enjin 2.0 liter empat-sebaris yang mampu menghasilkan output sebanyak 184 hp dan 300 Nm tork. Enjin ini digandingkan bersama dengan transmisi automatik sembilan kelajuan 9G-TRONIC yang merupakan ciri standard untuk varian GLC 200. Transmisi automatik yang dilengkapi dengan pengubah tork ini mempunyai pelbagai mod pilihan melalui DYNAMIC SELECT yang menjadikannya lebih tangkas dan responsif. Ia menawarkan penukaran gear yang cepat dan peralihan gear yang sempurna untuk memecut selain penukaran gear yang lancar untuk pemanduan yang lebih menyeronokkan.

Di bahagian dalam, untuk Exclusive line akan menerima upholsteri kulit atau fabrik buatan tangan ARTICO, papan pemuka yang dibalut kemasan ARTICO dengan jahitan benang tiga warna yang kontras, tempat duduk yang menampilkan susun atur upholsteri yang eksklusif, kemasan kayu dengan warna coklat berkilat dan stereng tiga-bilah pelbagai fungsi.

Sekilas pandang model GLC:

ModelGLC 200 (CKD)GLC 250 4MATIC (CKD)
EnjinEmpat sebaris, empat injap setiap silinder
Empat sebaris, empat injap setiap silinder
Sesaran (cc)19911991
Output (kW/hp)135/184 pada 5500155/211 pada 5500
Tork (Nm)300 pada 1200 – 4000350 pada 1200 – 4000
TransmisiTransmsi Automatik 9-kelajuan 9G-TRONIC
Transmsi Automatik 9-kelajuan 9G-TRONIC
Kelajuan Maksium (km/h)210222
0-100 km/h (s)8.77.3
Penggunaan bahan bakar (l/100 km)6.5 – 7.26.5 – 7.1
Harga (Atas jalan tidak termasuk insurans).

Harga termasuk GST

RM288,888RM 325,888

Mercedes-Benz Financial menawarkan pembiayaan yang sangat menarik untuk varian SUV. Model GLC 200 (CKD) ditawarkan pada RM2,888* sebulan dan GLC 250 4MATIC (CKD) pula RM3,258* sebulan. Ansuran bulanan dikira berdasarkan tempoh tiga tahun di bawah skim Agility Financing, perbatuan sejauh 20,000km setahun dengan bayaran muka sebanyak 20.34 peratus.

Agility Financing  merupakan pilihan pembiayaan yang selamat untuk pelanggan kerana nilainya pada masa akan datang dijamin oleh Mercedes-Benz. Pelanggan juga boleh menikmati ansuran bulanan yang rendah berbanding pembiayaan tradisional dan pilihan perjanjian akhir yang fleksibel untuk menyelesaikan pembiayaan, melanjutkan perjanjian atau memulangkan kenderaan tersebut kepada Mercedes-Benz apabila tempoh perjanjian tamat (menurut terma dan syarat).

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply