ARKIB

KATEGORI

Buletin

VCPM lancar kempen selepas jualan “Welcome Back”

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan kempen selepas jualan “Welcome Back” khusus buat pelanggannya di bawah inisiatif Volkswagen Cares. Berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejumlah besar pemilik Volkswagen terpaksa menangguhkan sementara keperluan selepas jualan memandangkan semua pusat servis di seluruh negara ditutup bagi memastikan keselamatan pelanggan dan pekerja.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Bagi memastikan kemudahan para pelanggan, VPCM kini menjemput mereka untuk mendaftar dan menempah temu janji mereka di laman sesawang Volkswagen dan kemudiannya kakitangan Volkswagen akan menghubungi mereka untuk mengatur temu janji yang diperlukan. Temu janji itu perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas arahan PKP ditarik balik.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Semua pemilik Volkswagen yang mendaftar semasa tempoh ini akan menerima cenderahati Volkswagen secara percuma. Selain itu, pemilik yang tidak menebus servis penyelenggaraan percuma dan bukan ahli Volkswagen Care Plus (VCP) juga layak untuk menerima tambahan baucar minyak enjin bernilai RM50, manakala bagi mereka yang memasuki pemilikan tahun kelima digalakkan untuk mendaftar program Volkswagen Care Plus untuk menikmati faedahnya.

Volkswagen Malaysia juga akan terus memberikan waranti kepada kereta ang tidak dapat mengikuti jadual servis penyelenggaraan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply