ARKIB

KATEGORI

Buletin

VCPM tawar program 5 Star Service secara percuma khas buat pemilik Volkswagen

Berita Tempatan

Views

Dengan kembalinya warga Malaysia ke jalan raya, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VCPM) mengajak para pemilik Volkswagen untuk menghantar kereta mereka untuk mengikuti program 5 Star Service Check secara percuma di semua pusat servisnya seluruh negara.

Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif VW Cares, merupakan pemeriksaan visual komprehensif yang dilakukan oleh penasihat servis bersama dengan pelanggan bagik menilai dan menyorot potensi kehausan serta mengenal pasti masalah yang teruk.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Pemeriksaan merangkumi kondisi badan dan cat kenderaan, lampu, brek, cermin depan dan tingkap, roda dan tayar. Pelanggan bakal menerima manfaat menerusi program ini kerana ia telus, pantas dan percuma serta membolehkan mereka membuat keputusan apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Mulai sekarang sehingga 31 Disember 2020, pemilik Volkswagen yang menghantar kenderaan mereka untuk menyertai program ini dan memerlukan penggantian alat ganti boleh menikmati tambahan penjimatan bagi alat ganti terpilih. Senarai penjimatan adalah seperti yang tertera di bawah:

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Alat GantiTawaran 
Bateri Tulendiskaun 20 peratus setiap unit 
Tayardiskaun sehingga 20 peratus
Pad Brekdiskaun RM50 setiap set
Cakera brekdiskaun RM50 setiap cakera
Aditif bahan bakardiskaun RM40 setiap botol
Cecair pembersih cermin depanRM5 setiap botol
Cermin depan5 peratus setiap unit 
Bilah pengelapsRM20 setiap set 

Nota: Mengikut terma dan syarat. 

Pemilik Volkswagen dijemput untuk merancang dan menempah slot janji temu servis secara dalam talian lebih awal dan alami 5 Star Service Check sama ada di pusat servis atau menerusi format digital terus dari rumah. Layari www.volkswagen.com.my/volkswagen-service/repair-and-service  untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply