ARKIB

KATEGORI

Buletin

VCPM tawar rebat eksklusif untuk model Passat Elegance dan Tiguan Allspace Highline sempena 11.11

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan karnival jualan terbesar tahun ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) membawakan Jualan 11.11 Volkswagen yang menampilkan dua model iaitu, Passat Elegance dan Tiguan Allspace Highline. Jualan ini akan diadakan di laman Facebook rasmi Volkswagen Malaysia dan para pengedarnya.

Anda dijemput untuk ‘like‘ salah satu atau kedua-dua model tersebut untuk merungkaikan rebat eksklusif 11.11. Rebat ini telah pun diumumkan bermula semalam dan para pelanggan boleh membuat tempahan di Volkswagen eShowroom mulai esok (11 November) untuk menebus rebat tersebut.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Passat Elegance ditawarkan dengan jumlah penjimatan sebanyak RM11,000 yang merangkumi diskaun RM5,500 secara dalam talian dan 1-tahun insurans percuma bernilai RM5,500. Tiguan Allspace Highline menawarkan jumlah penjimatan sebanyak RM4,749 yang merangkumi pakej aksesori percuma dan diskaun dalam talian sebanyak RM3,500.

11 pelanggan pertama yang membeli model-model ini menerusi Volkswagen eShowroom bakal menerima Lego Volkswagen Campervan bernilai RM499 dan barangan cenderahati Volkswagen secara percuma. Selain itu, pemilik sedia ada juga tidak dilupakan.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Mereka yang membuat tempahan janji temu servis secara dalam talian pada 11 November akan menerima pek cenderahati eksklusif Volkswagen yang bernilai lebih dari RM160. Promosi ini sah untuk janji temu servis dan pembaikan antara 13 hingga 30 November 2020. Kini ciri-ciri Online Service Booking boleh digunakan di komputer dan juga peranti mudah alih.

Ciri ini akan memudahkan proses tempahan di mana pelanggan hanya perlu memilih sendiri pengedar yang diingini, tarikh, masa dan sertakan butiran kenderaan mereka. Wakil selepas jualan akan menghubungi anda untuk mengesahkan tempahan janji temu. Untuk maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply