ARKIB

KATEGORI

Buletin

Vellfire 2.5L ganti Perdana jadi kereta rasmi menteri sejak April 2021 – Kos pajakan RM5,760 sebulan

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini, Dewan Rakyat didedahkan dengan jawapan bertulis Menteri Kewangan yang mengaku bahawa kerajaan telah memulakan proses menukar kereta rasmi baharu pada April tahun ini iaitu ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menjawat jawatan Perdana Menteri.

Menurut portal TunCarlos.com, kereta yang menjadi pilihan kerajaan ialah Toyota Vellfire 2.5L. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengaku bahawa kerajaan dalam proses menggantikan Proton Perdana kepada Toyota Vellfire sebagai kereta rasmi menteri-menteri.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Menjawab soalan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, Menteri Kewangan menyatakan perbelanjaan kerajaan menyediakan kereta rasmi Vellfire kepada menteri-menteri sejak Mac 2020 hingga sekarang.

Pemimpin PKR itu mempersoalkan berapa jumlah perbelanjaan sewaan bagi sebuah kereta Vellfire daripada syarikat konsesi Spanco sebulan.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Menteri kewangan menjawab, kerajaan telah memulakan proses penggantian Kereta Rasmi Jawatan bagi Menteri-Menteri Persekutuan daripada model Proton Perdana 2.4L kepada Toyota Vellfire 2.5L bermula April 2021.

Menurutnya, kerajaan membayar kos pajakan bulanan Toyota Vellfire 2.5L sebanyak RM5,759.35. Katanya, kos pajakan bulanan ini terdiri dari kos sewaan bulanan sebanyak RM4,851.61 dan kos selenggaraan bulanan RM907.74.

Tambah Tengku Zafrul, sehingga September 2021, kerajaan telah membayar kos pajakan sebanyak RM1.42 juta kepada syarikat konsesi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply