ARKIB

KATEGORI

Buletin

Velodrom Dungun untuk pembangunan sukan berbasikal, bukan untuk perlumbaan

Berita Tempatan

Views

Pembinaan velodrom berbasikal di Dungun tidak sepatutnya dijadikan isu walaupun tidak memenuhi spesifikasi Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bagi penganjuran kejohanan bertaraf dunia.

Menurut Berita Harian, pembinaan asal velodrom berharga RM11.8 juta yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2022 adalah untuk pembangunan sukan berbasikal negeri dan bukannya untuk penganjuran bertaraf antarabangsa.

Penjelasan itu disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah yang kesal apabila ada pihak yang cuba menangguk di air keruh.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Tegas Wan Sukairi, tujuan asal pembinaan velodrom berkenaan adalah sebagai pusat latihan dan pembangunan sukan berbasikal negeri berikutan Terengganu adalah ‘lubuk’ pelumba basikal negara.

Jelas beliau, isu velodrom itu dibina tidak memenuhi spesifikasi UCI untuk pertandingan bertaraf dunia sepatutnya tidak perlu dibangkitkan lebih-lebih lagi projek kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 2009 itu hanya membabitkan kos sebanyak RM11.8 juta yang tidak mungkin velodrom bertaraf antarabangsa dapat dibina.

Bagaimanapun sebelum terbinanya velodrom berkenaan, pihaknya ada memohon agar projek itu dibina di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak mengikut spesifikasi UCI dengan kos yang lebih tinggi sebagaimana di Nilai, namun tidak diluluskan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Jadi orang ramai perlu menerima hakikat dan bukannya membangkitkan isu yang boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoni lebih-lebih lagi Datuk Azizulhasni Awang sudah melakukan pengorbanan yang tinggi dengan membawa pulang pingat perak dalam acara keirin pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo pada 8 Ogos lalu.

Ketika ditanya mengenai nama velodrom berkenaan, Wan Sukairi mengakui kerajaan negeri belum lagi meletakkan nama kerana masih belum siap sepenuhnya.

Beliau berkata, nama velodrom itu belum diputuskan lagi kerana belum siap sepenuhnya, namun pihaknya memang berhasrat untuk menamakannya dengan nama Velodrom Datuk Azizulhasni Awang, Beliau turut mendoakan ianya menjadi kenyataan lebih-lebih lagi velodrom itu sudah mencapai 90 peratus siap dan dijangka boleh beroperasi awal 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ahmad Anwari

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply