Ketika cerita mengenai Proton X70 masih lagi panas di media sosial, kami mendapat info mengenai varian yang akan ditawarkan untuk versi pemasangan tempatan (CKD) yang tersebar di aplikasi Whatsapp. X70 (CKD) akan mula dikeluarkan pada tahun hadapan dan kami difahamkan ia mungkin bermula seawal bulan Jun atau Julai 2019. Ketika ini proses pembinaan kilang pemasangannya sedang berjalan lancar mengikut jadual.
Paling menarik, versi CKD X70 bakal ditawarkan dalam enam varian, ketika ini untuk versi CBU dari China, Proton hanya menawarkan empat varian sahaja. Selain itu untuk versi CKD, Proton akan menawarkan tambahan satu lagi pilihan penjana kuasa iaitu 1.5 liter TGDi yang dipadankan dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac (DCT) selain enjin 1.8 liter TGDi dengan transmisi enam kelajuan automatik pada model semasa.
JOM BACA >> Pengeluaran Ertiga bakal tamat – Hampir capai jumlah yang ditetapkan oleh Suzuki Motor Corporation
Jika melihat kepada foto yang ‘dipercayai’ senarai varian X70 (termasuk CBU dan CKD) secara keseluruhannya akan mempunyai 10 varian. Empat untuk CBU dan enam lagi untuk CKD. Kami berpendapat apabila bermula fasa CKD nanti hanya enam sahaja varian bakal ditawarkan.
Berikut adalah senarai lengkap varian Proton X70:
Versi CBU:
- Standard 2WD (enjin 1.8 liter TGDi dengan transmisi enam kelajuan automatik)
- Executive 2WD (enjin 1.8 liter TGDi dengan transmisi enam kelajuan automatik)
- Executive AWD (enjin 1.8 liter TGDi dengan transmisi enam kelajuan automatik)
- Premium 2WD (enjin 1.8 liter TGDi dengan transmisi enam kelajuan automatik)
Versi CKD:
- Standard 2WD (enjin 1.8 liter TGDi dengan transmisi enam kelajuan automatik)
- Executive 2WD (enjin 1.8 liter TGDi dengan transmisi enam kelajuan automatik)
- Standard 2WD (enjin 1.5 liter TGDi dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT)
- Executive 2WD (enjin 1.5 liter TGDi dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT)
- Executive AWD (enjin 1.5 liter TGDi dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT)
- Premium 2WD (enjin 1.5 liter TGDi dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT)
Jika senarai ini benar, adakah harga untuk versi CKD ini akan lebih murah berbanding model sekarang? Sebagai rujukan, harga untuk varian Standard 2WD dijual pada RM99,800 seunit manakala varian Executive 2WD pula dijual pada harga RM109, 800. Sekiranya faktor pemasangan tempatan diambil kira dengan penambahan kandungan tempatan pada model ini, kami jangka harganya akan lebih murah.
Tambahan pula versi CKD ini akan ditawarkan dengan pilihan enjin dengan kapasiti lebih kecil dan sudah pastinya ia mungkin memberi ‘sedikit tempias’ kepada SUV Perodua yang bakal dilancarkan awal tahun depan. Kami jangka harga yang akan Proton tawarkan untuk versi CKD dengan enjin 1.5 liter akan berada pada julat RM75,000 hingga RM95,000 seunit mengikut varian.
Sudah pasti harga yang ditawarkan oleh Perodua untuk SUV terbaharunya bakal menjadi ‘penanda aras’ kepada Proton untuk menetapkan harga X70 versi 1.5 liter CKDnya nanti. Buat masa ini tiada sebarang pengesahan dibuat mengenai senarai varian tersebut, tetapi kami sangat berharap ia memang maklumat yang ‘sahih’ dan bukan direka oleh individu lain. Tunggu je lah ye!
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC2 berjaya dikesan di dua lokasi berbeza
KLIK UNTUK BESARKAN
#5-7 CKD fasa pertama, guna Boyue facelift 2018
#8-10 CKD fasa kedua, guna Boyue facelift 2019
Harga RM75K – RM95K tak mungkin. Tengok harga X70 Langkawi sekarang, mungkin CKD harga ni.
X70 Langkawi masih ada duti import. Duti eksais yang takde rasanya.
Boleh percaya ke list ni? Sapa2 pun boleh buat cuma buka MS Excel dan taip masuk aje. Fake.
1. people will eye to 7 seater suv more than simply 5 seater . furthermore turbo diesel option.
2. new trend of campact 4×4 like jimny now is joyful rugged ‘car’.
3. and if it a small car batter be a super economy townbox and much batter with retro look inside out. ( kelisa cult car )
4. mpv . try to go for turbo diesel. ( lean from kia )
my tips for proton,,
xyah le nak buat byk2 variant. bukan laku pun. maintenance cost dan complexity eletronic dia mmg turn off utk ramai. ramai rakyat marhaen x mampu nak bayar service ala2 honda. end up nanti max 3 spec je.
segerakan MPV – itulah yg akan jadi volume seller.
Tak perlu banyak Varian untuk X70 CKD 2020..
4 Varian sudah memadai ..
1- Standard 2WD (enjin 1.5 liter TGDi dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT)
2- Executive AWD (enjin 1.5 liter TGDi dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT)
3- Executive Plus AWD (enjin 1.8 liter TGDi dengan transmisi enam kelajuan automatik)
4- Premium 2WD (enjin 1.8 liter TGDi dengan transmisi enam kelajuan automatik)
Varian standard hanya 1.5L TGDi Dan
Varian premium hanya 1.8L TGDi..
Varian executive sahaja AWD..
Enjin 1.5 tu lagi berkuasa dan cekap tenaga sebab teknologi baru dia banding enjin 1.8. Tambah pula guna transmisi DCT yg membolehkan penukaran gear lebih lancar dan pantas banding transmisi auto yg biasa tu atau torque converter.
Noted..
1.8L conventional 6 speed gearbox should be base line / entry level and 1.5L TGDi/eev/DCT 7 speed must be Premium / high end..
Patut varian premium bukan saja FWD, kena kasi AWD sekali so ada 2 pilihan sebab setengah org nak jalan off road dan dlm masa sama nak seat nappa, panaromic roof & ADAS.