ARKIB

KATEGORI

Buletin

Victory Motorcycles kini tiba di Malaysia!

Views

Victory Motorcycles_0003

Harmony Fabulous Sdn. Bhd, anak syarikat Kumpulan NAZA baru-baru ini telah melancarkan jenama motosikal dari Amerika Syarikat, Victory Motorcycles ke pasaran Malaysia. Timbalan Menteri Kewangan, Y.B. Datuk Haji Ahmad Haji Maslan, telah menyempurnakan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Datuk Maruan Mohd Said, Timbalan Presiden Senior Strategi Korporat dan Pelaburan NAZA World dan En. Nik Danial Nik Mahmood, Timbalan Presiden NAZA Two Wheels yang bertempat di bilik pameran Victory Motorcycles di Glenmarie, Shah Alam.

Victory Motorcycles yang merupakan jenama  premium dan antarabangsa mempunyai pelbagai model motosikal easy-riders yang menggabungkan rekaan yang moden, menarik dan enjin V-Twin yang berprestasi tinggi. Ditubuhkan pada 1998, motosikal pertama mereka, V92C, telah diperkenalkan dan menjelang 1999, V92C telah menerima anugerah ‘Motorcycle Cruiser of the Year’ daripada akhbar Amerika. Victory Motorcycle juga telah mengembangkan barisan model yang  mampu memikat hati peminat motosikal cruiser dan touring.

NAZA telah melabur sebanyak RM5 juta untuk membina fasiliti yang berkeluasan 6,000 kaki persegi yang menempatkan  pusat 3S dengan kakitangan unit pemasaran dan teknikal yang terlatih. 13 model Victory Motorcycles akan diperkenalkan khusus untuk peminat motosikal berkuasa tinggi di Malaysia.

Motosikal entry level mereka untuk pasaran Malaysia adalah Victory Vegas 8-Ball – yang merupakan motosikal cruiser Amerika yang dikuasakan oleh enjin 106 cubic inci, 1731cc Freedom dan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan overdrive, ditawarkan pada harga yang cukup kompetitif di bawah RM100,000. Pemilik motosikal Victory tidak perlu risau kerana mereka telah melengkapkan bilik pameran tersebut dengan peralatan yang canggih dan alat ganti yang mudah didapati. Kesemua model didatangkan dengan jaminan 5 tahun dengan perbatuan tanpa had dan inilah yang membezakan Victory Motorcycles dengan jenama yang lain dipasaran.

Semua pemilik Victory Motorcycles secara automatik menerima keahlian Victory Riding Group (VRG) dan bakal menikmati faedah ekslusif seperti diskaun istimewa untuk barangan cenderahati, aksesori dan alat ganti. Ahli juga boleh mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang dianjurkan oleh Victory Motorcycles Malaysia yang dicipta untuk membantu penunggang mendapat pengalaman pemilikan motosikal mereka.

Sempena pelancaran jenama itu juga, Victory Motorcycles Malaysia menawarkan promosi harga istimewa untuk kesemua 12 model motosikalnya sepanjang bulan Disember ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, silalah berkunjung ke bilik pameran Victory Motorcycles yang terletak di No. 35, Jalan Penguasa A U1/53A, Temasya Square, Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor.

Untuk maklumat lanjut mengenai Victory Motorcycles layari laman sesawang www.victorymotorcycles.com.my dan https://www.facebook.com/Nazavictory. Ikuti Follow Victory Motorcycles di Twitter dan Instagram @Victorybikes_my untuk informasi terkini dan tawaran yang menarik daripada Victory Motorcycles.

Waktu Operasi Bilik Pameran 10pagi hingga 8malam (Isnin hingga Sabtu)10pagi hingga 4petang (Ahad)  Tel : 03 – 2381 2222Waktu Operasi Pusat Servis dan Alat Ganti10pagi hingga 6petang (Isnin hingga Sabtu)  Tel: 03-2381 1111

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

HARGA MOTOSIKAL VICTORY

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply