ARKIB

KATEGORI

Buletin

Video acah Isuzu D-Max generasi ketiga dipertontonkan – Bakal dilancar pada 11 Oktober di Thailand

Berita Global

Views
'"ALL-NEW ISUZU D-MAX" INFINITE POTENTIAL พลานุภาพ...พลิกโลก !

Di kala peminat trak pikap di Malaysia baharu sahaja mendapat Isuzu D-Max 1.9-liter Blue Power, rakan kita Thailand bakal menantikan generasi ketiga model tersebut tidak lama lagi. Baru-baru ini, satu video acah telah dimuat naik ke laman sesawang Isuzu Thailand beserta kiraan masa pelancaran model tersebut yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Jika mengikut kiraan tersebut, D-Max generasi ketiga (2020) bakal dilancarkan pada 11 Oktober 2019. Walaupun durasi video acah itu hanyalah 15 saat, tetapi kita dapat melihat imbasan sebahagian rekaan luaran serta dalaman model itu. Sejak dari awal video acah itu telah memaparkan rekaan hadapan dan kita boleh melihat bentuk lampu hadapan serba baharu bersama lampu siang LED berbentuk-U serta rekaan jeriji bentuk heksagon yang agak besar.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Di bahagian sisi kiri dan kanan bampar kelihatan dua unit lampu berbentuk bulat yang disusun secara bertingkat. Satu untuk lampu signal di bahagian atas, di bawahnya pula berkemungkinan besar adalah lampu kabus. Selain bahagian depan, lampu belakang turut kelihatan dalam video tersebut, dan kali ini rekaannya lebih moden terutama sekali apabila ia dinyalakan.

Imbasan ruang kabin juga dipertontonkan dalam klip video tersebut dan kelihatan sedikit bahagian papan pemuka dengan kemasan dwi tona. Ia kelihatan agak eksklusif dan mewah dengan kombinasi hitam piano serta coklat gelap yang menampilkan kemasan jahitan.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Di bahagian tengah konsol papan pemuka pula kelihatan butang-butang kawalan dengan kemasan seakan aluminium. Tombol gear automatiknya tampil dengan rekaan moden yang dihiasi kemasan aluminium dan hitam piano berkilat. Rekaan panel meter jenis analog juga turut diperlihatkan, yang memaparkan rekaan grafik kombinasi warna putih dan merah, serta pemilihan muka taip nombor yang jelas serta jarum penunjuk meter berwarna merah.

Dari segi enjin, besar kemungkinan unit yang bakal menjana model ini adalah enjin 3.0-liter turbodiesel empat silinder yang telah dipertingkatkan kira-kira dua tahun lalu,. Selain itu juga, enjin 1.9-liter diesel yang akan disambungkan dengan pilihan transmisi manual atau automatk enam-kelajuan bersama pacuan empat roda standard mungkin turut ditawarkan sebagai pilihan.

Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply