ARKIB

KATEGORI

BuletinUlasan Pandu Uji

Video pandu uji ringkas Bezza di litar ujian Perodua

Views

Kami turut diberi kesempatan untuk memandu uji media sedan terbaharu keluaran Perodua, Bezza di Rawang. Editor kami, Shamsul Yunos sempat membuat video pandu uji ringkas di litar ujian Perodua. Buat masa ini media hanya dibenarkan untuk menunjukkan sebahagian sahaja rupa Bezza selagi belum tiba hari pelancarannya. Apa yang Editor kami ulas mengenai model sedan pertama Perodua ini? Jom kita tonton!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

61 Comments


    • Di situlah berjayanya marketing Perodua di dalam managing expectation (samada sengaja atau tidak). Saya tidak maksudkan expectation yg melangit, tapi bagaimana orang boleh rendahkan expectation hanya kerana ingatkan ia benar-benar murah across model.

      Dan sebaliknya, tiba-tiba kenderaan-kenderaan lain ditinggikan bar expectation nya. Atau pasaran akan dictate bahawa harga pesaingnya perlu diturunkan lagi, barulah berbaloi dibeli. Bukan sahaja Proton, malah kenderaan dari Perodua sendiri tidak kalis kesan psikologi ini. MyVi dan Alza khususnya.

      Tengok sahaja reviews awal di internet, rata-rata vibe nya berbunyi : ok lah spec dan nvh nya untuk segmen dan poin harganya. Padahal, ia seakan bermain dengan apa yg digelar ‘sticker shock’, mitigated dengan tempoh pinjaman. Memanglah nampak superb bila harga yg magikal untuk model paling asas tu disulamkan dalam naratif kisah safety dan ciri yg dilengkapi pada model hi-line.

      Nope, mereka tak berbuat onar pun. Cuma wording yg digunakan agak berhati-hati. Yg penting, ia serta-merta evoke minat untuk melihatnya terlebih dahulu. Hampir sama dengan kisah Axia. Semestinya, ia strategi yg valid.

      Bayangkan kalau dia tulis : fullspec 2 airbag, harga 51k.


  • Tidak syak lagi, kereta bezza ini bakal menyumbang peningkatan kepada angka jualan perodua. Ia mungkin mencuri pasaran saga, namun begitu, ia mungkin juga akan menjejaskan jualan axia.

    Proton berada pada kedudukan yang kurang selesa kerana selama ini sumbangan terbesar jualan mereka adalah daripada Saga yang tiada pesaing secara langsung, serta persona generasi lama.

    Mampukah proton menawarkan harga yang kompetetif untuk saga dan persona@iriz sedan? Ia bakal menjadi penentu kepada pemilihan pembeli kelak. Akan tetapi, sentimen yang kurang baik kepada enjin berasaskan campro dan cvt punch sedikit sebanyak akan menentukan juga pemilihan pembeli.

    Bezza telah dipromosikan sebagai kenderaan jimat tenaga@bahan bakar, yang mana ia menjadi antara aspek penting untuk kebanyakan pembeli. Proton tiada kekuatan ini. Proton memerlukan aspek atau kekuatan lain untuk mempromosikan kereta mereka.


    • Kalau bunyi enjin mengaum macam kat atas, rasanya orang dah tak pinpoint lagi CVT Punch lagi kalau logo kereta tu “cap rimau”.

      PS: Saya pun sebenarnya mengalu2kan Proton menggunakan transmisi yg lebih refined berbanding pembekal sedia ada.


    • enjin campro dah banyak dibuat penambahbaikan.. yang terbaru versi yg dipasang dekat Iriz .. mengikut bacaan sy di Internet, FC Iriz dgn Myvi tak lah jauh sangat.. mungkin FC Myvi baik sedikit sebab berat Myvi yg lebih ringan (beri advantage dalam pemanduan dalam bandar)

      sy pemilik Persona 2010.. secara umum, sy tak da masalah dengan enjin campro iafm, melainkan satu benda, FC yg kurang baik terutama dalam pemanduan dalam bandar..


      • + masalah bising, tak smooth combustion.. excessive vibration- penyakit ktrunan DNA CAMPRO

        xtau le geng power train Proton suke camtu.. tk refine pon smpai skrg..


        • Excessive vibration? Tak perlu compare dengan manufacturer lain pun. Aku tengok video pemanduan Bezza di atas tu pun ada bergoncang bang.

          I get it. Kalau pemanduan pun bunyi nya dah sedikit bising, barangkali orang mungkin takde nak komen pasal powertrain lagi. What sorcery is this!


          • Kalau cerita tentang powertrain refinement, saya compare antara Iriz dengan vios sebab saya pemilik kedua2nya.

            Kalau cruise di highway, enjin vios saya jauh lebih senyap berbanding enjin iriz saya. Dengungan bunyi enjin Iriz boleh didengari seolah-olah ada 1 frekuensi yang terhasil dari enjinnya yang sedang berputar. Ini berlaku bukan ketika kita menekan minyak untuk memecut, tapi ketika pemanduan pada halaju malar.

            Bukan kerana insulation Iriz tidak bagus, tapi saya diberitahu oleh sorang technician proton ketika membuat servis, enjin campro memang sebegitulah sifatnya.


          • Still, macam yg saya tulis tadi, tak perlu compare jauh-jauh pun. Tonton saja video Bezza di atas.

            Be the judge. And be honest.


  • “noise…quite ok…for this price segment…” – WHAT?!!!!

    Iriz model bawah (almost same price bracket) pun teruk kena hentam media sosial, dengan isu “auman” being overblown by these people (due to gearbox). Pun tak terasa “mengaum” sangat berbanding video di atas. Dan saya belum compare dengan model manual Getrag (personally saya belum cuba).

    Saya bukanlah nak jadi Proton evangelist, beli pun tak (sekadar memandu kenderaan keluarga). Cuma saya dah pernah bawa sendiri Iriz, dan jika video di atas boleh dijadikan perbandingan, rasanya penantian untuk Bezza ni agak sedikit mengecewakan.

    Harga dia pun agak facepalm. Tapi saya tak hairan ramai yg tetap akan beli dek mentaliti “Asalkan Bukan Proton” (ABP). Akan keluar tempelakan manipulasi tax lah, MITI lah, padahal Perodua pun berstatus kereta nasional. Bandingkan je harganya dengan harga Langkawi, jika tak obvious lagi.

    Saya baca artikel2 menulis Bezza ni “gamechanger” lah, dsb. Saya lihat betapa media pemotoran negara (internet terutamanya) berusaha terlalu keras untuk “sugarcoat” berkenaan fakta akan kereta ini. Jadi tahniah la saya ucapkan buat mereka semua. Tapi yg penting, rebiu bervideo (seperti Funtasticko punya) sukar untuk “fake” pengalaman pemanduan yg dirakam. Jadi saya berterima kasih kerana anda berkongsi pengalaman pemanduan itu.


    • Bang..dulu pun media tulis Iriz adalah game changer untuk proton..sebab proton pun gelarkannya macam tu juga. Takdenya berat sebelah. hatta review yang dibuat oleh Paultan, autobuzz.com.my pun puji melangit Iriz tu. takdenya yang hentam Iriz.

      Akhirnya pembeli yang buat keputusan sama ada nak beli ke tak..sekarang ni model Iriz yang semakin banyak di atas jalan adalah 1.3. korang mesti dah boleh agak kenapa Iriz 1.3 lebih banyak berbanding Iriz 1.6 kan.


      • Not really bang.

        “First drive review” untuk Iriz pun terus hentam dia punya bunyi transmission. Saya pun antara yg dahulunya rasa “fair enough, mereka lakukan rebiu secara objektif. They’re doing a fine job”.

        Tapi bila saya tonton rebiu pemanduan untuk Bezza, terutamanya bab bunyi di dalam kabinnya, dan dibandingkan pula dengan penulisan mereka pula (seperti di Paultan), objektiviti yg sama tiada di situ. Tiada pula nitpicking. Padahal mengaum betul tu!

        Seumpama pandai pula orang buat-buat senyap tang itu. Dan Funtasticko? Siap boleh kata “quite nice…for this price segment…”. Realiti yg tak setara apabila kita lihat harganya. (Tapi saya faham, mungkin Funtasticko ada sebab mereka tersendiri, yang penting mesejnya sampai di situ).

        Tampak seperti “sugarcoating” pada hemat saya. Blatantly.


        • Pegi la test bawak.Jangan lupa bawa noise meter sekali tengok berapa db dalam kabin. Dah betul la quite ok untuk price range. Varian paling low kau expect berapa kedap dia punya insulation?


        • Shamsul Yunos sangat berhati2 kot nak jaga hati Perodua. It goes something like this:

          “Sound can be heard intruding into the cabin, but acceptable for entry level car.”

          Tapi hakikat sebenarnya, entry level car di pasaran advanced dunia mempunyai standard refinement yang lebih tinggi. Tak perlu lihat jauh, lihat sahaja kereta buatan Korea.

          Ingat lagi Naza Suria 2007 (rebadged dari Kia Picanto.. bukan Sutera)? Naza Suria mempunyai enjin yang senyap walaupun pecutannya sangat lembab, tekan 4-5k RPM, enjin1.0L Kia tetap senyap (below 67dB). Memanglah enjin tersebut 4 silinder, tapi ikutkan enjin 3 silinder moden sekarang semuanya senyap2 belaka (try pandu uji Mitsubishi Mirage).

          Saya dah jual Naza Suria tersebut dan gantikannya dengan B-segmen Jepun. Ternyata enjin 1.5 Almera dan City tidak dapat menandingi sound level enjin Naza Suria apabila enjin push ke RPM4-5K.


  • Nak tau juga ramai org kata proton tu prolematik…problematik yg mcm mane tu…blh tolong nyatakan dgn detail dgn jujur berdasarkan pengalaman sendiri dan bkn dr ckp2 org lain…


  • Enjin 1.0 KR-VE yg diadaptasi drpd enjin Axia, VVTI-less KR-dE2, nampak macam kurang refined berbanding enjin keluarga terdekatnta KR-FE yg digunapakai oleh Model Toyota di eropah (Aygo/peugeot 108… Bukan agya/ayla indon)

    Nampaknya Perodua melakukan pengurangan kos yang tidek bertempat. Pengguna Malaysia lebih mature dari Indonesia, dan tidak boleh ditawarkan enjin yg substandard dr segi refinement. Kalau australia jepun bole beli Honda City dlm rm45k, kenapa rakyat malaysia xbole dapat produk kualiti refinement yg sama dgn harga rendah?


  • Bagi saya harga Bezza ni “terlalu tinggi’. Namun apa yang boleh disimpulakan dari marketing P2 adalah, harga RM37k tu hanyalah gula bagi menarik bakal pelanggan ke showroom. Setibanya di showroom, salesmen diajar:

    “Bang, stok 1.0l tak banyak, lama kena tunggu. Lagipun driving school dah book banyak2. Kalau nak cepat abang beli yang 1.3l. Beza RM5k aje. kalau abang loan 9 tahun, beza bulanan RM50 aje.”

    Jadi abang yang yang nak beli Beza tu pun pilihlah beli yang 1.3l, sedangkan Proton Saga 1.3l FLX Plus tu pun baru RM34k OTR.


    • Pengguna tidak cemas, perkara biasa jika pengguna menghakimi Dan menjadi penganalisis amateur seriap Kali model baru keluar.

      Anda patut tenang dengan pengguna seperti itu. Anda sepertinya menghakimi pengguna seperti mereka sebagai ‘fanboy p1’

      Anda sepertinya cemas, fanboy p2

      Yay


  • Axia org akan tetap beli wlpun x brp slmt…sbb murah dan yg plg ptg jimat miyak tu pun klu bwk 50 60km sjmla..klu dah bwk 120 140 jgn mmpi nak save minyak.kene tipu je…nyawa pengguna mgkn no 10…


    • Pada sy market myvi axia ni utk pompuan. Tak perlu crita byk ckup dgn jimat minyak, enjin toyota , eco, eev dan body kecik compact. Pompuan suka tngu dan lihat, 1’st impression dan persepsi.


  • Da tentu funtasticko asal campromania(proton fanboy). Ofcourse judgment banyak nak menangkan proton…just let the customer/user decide…nak tanye semua yang ade kat sini berape jualan proton sekarang kalo proton betul bagus dari perodua…perodua buat kereta untuk digunakan/dijual proton buat mostly nak tunjuk capability/menunjuk-nunjuk kehebatan itu-ini tapi hakikatnye…..


    • Tonton dan baca balik, bos. Langsung tak ada judgement yg menangkan Proton oleh tukang reviewer pada artikel dan video di atas. Malahan, perkataan Proton pun langsung tidak terpacul di situ!

      *Tapi kalau ada, mungkin saya yg miss lah. Selepas menontonnya buat kesekian kali*

      Tambahan pula, kali ini rebiu yang dilakukan tampak seperti berlakunya “sugarcoating” di mata penonton-penonton yg agak kritikal. Bunyi auman enjin dan cabin noise yg sedemikian diujarkan sebagai “sound level still very good”, “quite good”, dll. Buat sesetengah orang, komentar-komentar yg diutarakan sepanjang pemanduan seakan “menjaga hati” buat pihak Perodua.

      Bukanlah saya katakan teruk sangat. Cuma ia sedikit bercanggah dengan perumpamaan “calling a spade a spade”. Mungkin juga ia dilakukan secara tidak sengaja, kerana kita rakyat Malaysia kan adatnya sebegitu. Hormat kat tuan rumah. Saya tak salahkan mereka pun secara total, in fact saya mungkin berbuat yg sama jika diberi akses eksklusif. Kerana saya rasakan setiap produk tempatan layak beroleh peluang untuk diuji oleh “general public” pada hari ia hadir di showroom kelak…

      …Which brought us to the pet peeve of mine. Hanya sesetengah jenama sahaja yg beroleh layanan sedemikian. Dan untuk sesetengah jenama lain, kena kondem kaw-kaw tu dianggap “fair game”.

      It’s not a “zero-sum game”. Kenapa selalunya perlu kondem satu cap demi nak naikkan prestij cap lain? Dapat pulak zaman sekarang ni, sebijik rumah dua kereta tu dianggap norma. Ini bukan pilihanraya, kena pangkah satu sahaja.

      .

      Btw, tahniah lah Perodua di atas jualan yang memberangsangkan setakat ini. Semoga anda terus sukses dan beroleh lagi pelanggan demi menyerikan lagi industri automatif negara. Jenama nasional lain pun saya doakan anda semoga berjaya. Jenama-jenama pemasangan Malaysia lain pun saya harap anda terus maju.

      Vendors and dealers alike do need as much participation as they could, to increase cost effectiveness. Asalkan penjimatannya dapat meningkatkan nilai yg para pelanggan bakal beroleh, lebih manfaat untuk kita. Dan memandangkan volume Perodua tinggi, kudos to them. Besar jasa anda semua.

      *Maaf, TL;DR*


    • Mmm… persepsi anda sememangnya silap. admin even yg wise kat sini tidak seperti anda. Minat dan keterujaan dlm arena n industri auto adalah segala2nya… Analoginya mudah, bila kita suka buah epal x bermakna kita bleh kata buah2 yg lain x sedap. Bila kita suka makan coklat x bermakna coklat adalah segala2nya dan segalanya2nya selain coklat adalah salah… Tapi bila bro GG mengandaikan persepsi sebegitu, sebenarnya bro GG secara tidak sedar adalah begitu… x perlu menuding org lain. Sorry:P

      Cheers!


    • Cuba anda tonton review dan pandu uji Bezza dan Vento.. Ianya review daripada penggemar automotive dan bukannya fanboy automaker tertentu sahaja..


  • fantasticko x slah.dia hanya menjalankan tugas shj..p2 x risau pun sbb yg akan ttp ramai..sbb yg beli kereta nanti terus pg showroom dan booking atas sbb mgkin tarikan harga ,bonet besar, 5 seater ,brand p2, ” after sale bagus” dan jimat minyak , rekomen dan hasutan dari orang lain, ..test drive skit trus booking. kete p2 juga menjadi pilihan utk dijadikan kerata belajar memandu dan juga sebagai hadiah peraduan sana cabutan sini …yg pling penting ialah kuasa persepsi.selain itu juga p2 byk dapat liputan yg meluas dari pengiklanan sama ada secara langsung dan tidak langsung..cuba tgk iklan di TV kereta mana yang paling banyak ditunjukan keta P2 kan..begitu juga dgn drama atau filem kereta apa yg paling banyak digunakan P2 jugakan..kalau scene kereta rosak, kereta proton kereta penjenayah kereta proton,kereta buruk kereta proton …xdela pulak kalau scene kereta rosak atau penjenayah tu kereta BM ke Merc ke Porsche ke P2 ke (terutama stesen media prima)..kat situ je dah beri kesan kepada pemikiran rakyat(pengguna)


    • Untuk kereta belajar memandu tu, rasanya sekarang dah semakin bertambah yg pakai Iriz juga kebelakangan ini.

      Setidak2nya, ramai lah juga yg “test-drive” Iriz sebagai model pertama yg dipandu mereka. Yg mana kini P1 kian beroleh sedikit sebanyak peluang yg digondol P2 sebelumnya secara total. Ya, familiarity matters, dan saya tidak hairan lonjakan jualan kereta kompak Perodua pasca-Kancil dibantu oleh “sesi pratonton” tersebut.

      Untuk bab kereta jenayah, “getaway car”, rasanya ia disebabkan wide availability model Wira (misalnya) pada harga ekonomi sebagai “disposable car”, dek kerana berada di pasaran sejak millenium lepas. Yg mana pada era yg serupa, satu-satunya model P2 yg popular dan murah untuk didapati kini adalah Kancil. Macam tak logik pula Kancil dijadikan kenderaan gegas, tak gitu.

      Although, saya rasa apa salahnya P1 boleh sediakan beberapa unit kereta khas untuk tujuan penggambaran (minus accident scene), seperti mana kenderaan2 yg dikhaskan syarikat2 automobil untuk tujuan pemanduan media. Drama bersiri dari US juga mempunyai partnership sedemikian dengan industri auto mereka.


  • Kadangkala aku pelik kenapa orang suka beli perodua walaupun spesifikasi keselamatan tak sebaik proton generasi sekarang. Aku ini pengguna preve. siapa2 yang pakai preve, memang dia akan faham dengan preve ini. Aku ada tanya kpd kawan-kawan yang pakai perodua myvi, vios dan city. Rata-rata mereka nakkan sebuah kereta yang tidak memeningkan kepala mereka dan tidak memberikan masalah yang besar. Lepas tu after sales memang mantap.

    Aku takdelah nak pertikaikan alasan mereka tu, sebabnya mereka sendiri dah tengok pengalaman aku pakai preve. Malah pernah ikut pergi pusat servis dan saksikan macamana proton servis handle masalah pembeli. Itu sedikit sebanyak telah memberikan persepsi yang kurang baik terhadap mereka untuk membeli proton. Saya hanya mampu senyum je apabila kena sindir.

    Kadangkala geleng kepala juga apabila pembeli kereta preve 2015 masih ada masalah yang sama mcm preve batch pertama 2012 mcm aku. Proton dengan vendor tak buat penambahbaikan ke???


  • mr halimpreve…ape mslh kereta mr halim tu..cube citer sikit..part ape yang rosak..mgkin orang lain boleh tolong..sbb bile bg komen ke ape semuanye ayat tergantung dan x jelas.servis suck .servis teruk tapi xdinyatakan mcm mane…mmg kita dah lama bwk kereta api adakah kita benar2 kenal dan master dgn kereta kita.cuba andaikan kita memandu kapal terbang.nak jadi pilot bukan hanya tahu start enjin dan terbang sahaja,dia kene tau semua fungsi dan setiap komponen pada pesawat semuanya ditunjukkan pada meter…mcm kereta mase memandu pernah x jeling2 meter…cube citer sikit mr halim preve.


    • Nak tahu ke? Oklah…aku listkan masalah-masalahnya tapi tak semua. Lagipun ada pengguna yang sedang buat petition. So, nanti boleh baca sendiri.

      1) Oil Cooler Hose(OCH) – kereta aku 1st batch. aku tak tahu pun ia adalah part yang bermasalah. Sampailah sedang aku memandu, OCH ni pecah. Nasib sempat berhenti tepi jalan. Dan sebelum ini, proton memang refuse nak buat recall OCH ni. Tapi setelah mendapat desakan dari kelab, akhirnya proton mengakui kelemahan part tersebut. Namun banyak kali juga desak SC untuk tukar sebab berkali2 bgtau sparepart takde walhal dah hampir 2 bulan menunggu. Even selepas proton sudah menggantikannya, OCH tu bukan jaminan untuk dia bertahan.

      2) Elektronik problem – relay dah pernah berganti. Aku rasa, dah lebih sepuluh kali aku ganti mentol lampu depan. Kalau nampak preve dengan “mata sebelah” kau jangan terkejut pulak. Ada mekanik SC kata, ia disebabkan relay. Tapi tak solve jugak. Kipas tak mati sebab relay problem pun dah 2 kali terjadi. Tengah2 drive, indicator overheat muncul. Rupanya relay kipas problem.Banyak masalah SC terus tuju ke fuse box dan bagitau problem di situ. Nak tukar fuse box? sediakan RM1K. Walhal fuse box tu tak pernah disentuh/dibasuh bahagian enjin.

      3) Mounting – Baik mounting enjin dengan gear, semua tak tahan. Stering gegar sebab mounting, walhal baru pakai tak sampai 3 tahun masa tu. Dah habis waranti, pandai2lah ganti sebab mounting tu memang tak tahan.

      Yang lain tu masalah kualiti part. Kepala gear boleh tercabut,seat berbulu, dashboard yang tak pernah hilang rattling sejak beli. Nak tau masalah lain, boleh join group dan baca ni…

      https://www.change.org/p/proton-holding-berhad-to-urge-proton-holding-to-take-responsibility-to-rectify-common-proton-vehicles-problems?recruiter=433780046&utm_source=share_for_starters&utm_medium=copyLink

      Agak nyesal juga sebab sebelum ni pakai waja CPS langsung takde masalah. Preve pulak yg masalah.


      • sabar bro..ramai yang menghadapi masalah macam tu..kalau tak, takkan sampai keluar petisyen.

        kdg2 terfikir juga kenapa jualan proton tak serancak dulu. agaknya salah satu sebab ialah rezeki tak berkat. ada lah org proton yg buat kerja cincai sampai menganiaya pembeli.


      • mr halim preve..ttg OCH tu kan dan di recall pengantian percuma je.nak buka dan pasang tu ambil masa sikit sebb banyak benda yang kene buat..buat apoiment dgn sc supaya boleh order OCH tu nanti bila dah ada sc akan call balik untuk dibuat penggantian.tapi jgn le benda tu dah pecah baru nak buat servis.kurang2 pun 40KM dah kene ganti baru berapa hinggit benda tu..bila dah ganti tanye balik kat sc benda tu kene tukar lagi x..sbb bold saya dah tuka,wpun sc kata OCH yang dah tukar ni baik kualitinya tapi saya masukan dalam servis berkala saya iaitu setiap 40km perlu ditukar ialah mencegah lebih baik dari terjadi ..OCH rasenye blm ade dijual dikedai sparepart rasenye.kalau ade lagi murah…klu sebelum ni pg sc yang x bagus carilah sc yang bagus.kalau dah tau sc tu yg x bagus tapi tetap pegi juga mmglah berasap jadinya.try google ada dinyatakan sc proton yang bagus siap dgn rating sekali.relay problem mgkin disebabkan elektrik yang x stabil..try pasang grounding yang 100% cooper supaya dapat stabilkan voltage..insya allah mentol lambat nak terbakar,alternator cantik vontage stabil.kemudian buat flashing ecu kot2 ade error.kalau xde error cantiklah enjin tu.Enjin mounting try cari kat kedai spare part ade dua jenis enjin mounting satu gear box mounting dan enjin mounting.Try cari di kedai spare part cari enjin mounting yang bagus.harga lebih murah dari SC.pg wshop repair jimat sikit duit.Tukar mounting x effect warranti pun.seat berbulu kalau ade budget pasangle semi leather cover murah je.dashbord berbunyi di bahagian mane.bawah pemandu ke.kalau bawah pemandu cuba tengok kat bawah.kalau gen2 saya dulu pun bunyi juga kat dashbord tu.bila dengar betul mcm ade benda longgar.bila check sendiri rupa-rupanye ade wari yang terkena kotak fius dibawah dashbord tu..so diy jelah lapik atau balut wayar tu dengan span supaya x kene kotak fius tu.so sampai sekarang dah x bunyi dah dashbord tu..yang mane boleh DIY buat sendiri je x payah pg SC…kalau bukan enjin CFE bila tukar minyak itam digalakkan masukkan enjin treatment supaya enjin smooth dan kurang panas sbb kurang contact metal to metal.kalau CFE x bole le guna enjin treatment tu kang rosak pulak turbo tu…rajin-rajinla kita tengok enjin kereta kita bile ade free time…lagi satu rasenye setiap malam rabu ade team proton buat servis kat cheras ramai geng gen2-bold buat tunning kat satu mmg cantik rasenya siap boleh pasang grounding lagi..ok mr halim selamat mencuba..lagi satu minyak itam kalau nak ganti jangan amalkan selalu tukar brand minyak itam.nanti enjin x lama sbb berbeza viscositynya..


        • kesimpulannya kalau nak beli proton, hang pa kena lagi bijak dari engineer proton..baru boleh selesaikan masalah teknikal.

          kedua, hangpa beli kereta baru proton kena sedia budget tambahan kerana part kereta tak tahan lama dan perlu diganti di kedai luar.


  • Tengok tajuknya Bezza, kenderaan keluaran Perodua.
    Tapi bila tengok komentar, siap ada yg memburuk-burukkan Proton.

    C’mon la, tak perlu nak beat around the bush sangat. Orang yg tonton video pemanduan pun boleh buat penilaian sendiri.


  • Kalo compare atas kertas mmg nmpak proton lagi baik dari perodua dari segi spec n harga…tp sale champion tetap perodua….sebab Aku dah pakai perodua n proton, overall Aku pilih perodua sebab paling kurang ragam ….Kalo proton byk Sgt masalah yg entah Apa2 , smpai nk list kan pon dah penat dah….korang boleh tgk kat blog lain ttg ragam proton…sampai penat dah asyik mmnjang g servis centre…..
    Apepon perodua terbaik…


  • bagi ambe,xperlulah dikaitkan proton disini. ianya tentang bezza. dulu ambe kritik perodua sbb asyik xamik berat tang safety n rega yg agak tinggi berbanding dgn aper yg di offerkan.tp alhamdulillah,bezza telah nampak perubahan,seme ada abs n ebd. esc walupun hanya pada top spec,tp wajar diberi pujian,kerana dah kehadapan,berbanding dgn axia.

    credits where its due walupun ambe minat proton, kita tetap kritik proton pada tempatnya mcm sc,quality n bla bla bla. tp biolah dlm post pandu uji persona plak.

    tp ambe xnak banding bezza ngan persona,lain segmen,lain rega.

Leave a Reply