ARKIB

KATEGORI

BuletinUlasan Pandu Uji

VIDEO : Pandu uji ringkas Perdana baharu

Views

Hari Selasa dan Rabu lalu kami telah dijemput untuk menghadiri sesi Media Drive model Proton Perdana baharu ke Melaka. Editor kami Shamsul Yunos berpeluang untuk menguji model tersebut bersama-sama rakan media yang lain dari Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya menuju ke Hotel Equatorial, Melaka. Nak tahu apa kata Editor kami mengenai model sedan eksekutif terbaharu Proton ini, jom tonton video yang kami sediakan!

pandu uji ringkas - proton perdana di melaka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

14 Comments


  • Dengan beberapa restrictions Honda berikan kepada Proton, pada saya Perdana ni bukanlah model yg sesuai diberi jolokan game changer pd Proton. Ia lebih kepada memberikan satu pilihan atau option kepada pembeli yg berminat utk segmen D.


    • Ia bukan game changer, tapi sekadar fill vacum yang ditinggalkan Perdana lama. Market kereta rasmi kerajaan di bawah SPANCO susah untuk dibiarkan begitu saja. JUSA C ke atas ada berapa ribu orang di Malaysia ni, termasuk hakim2, pegawai atasan tentera, polis, pejabat pendakwa raya. Mereka target market ini sebenarnya.


  • berkongsi pendapat yang mungkin boleh di ambil kira untuk video pandu uji akan datang;
    1. Kurangkan kamera ke arah pemandu uji dan kalau boleh review yang lebih spot-on pada ciri teknikal kereta
    2. Tunjukkan features dalaman kereta secara praktikal. Pembeli lebih berminat dengan apa yang ada di dalam kereta berbanding aksi kereta dari pandangan jauh. Ergonomik dashboard, storan, pelarasan kedudukan memandu, capaian dan operasi switchgear, safety features, keselesaan tempat duduk belakang, ruang boot, kualiti audio, kunci dan lain-lain ciri istimewa yang kadang-kala terlepas pandang
    3. lebihkan view ‘dari tempat duduk memandu’, kesenyapan kabin, capaian transmisi, serta pengalaman sebagai penumpang di belakang
    4. simulasi pemanduan di highway, jalan-B dan bandar. handling dalam bandar, parkir, etc.
    5. dan kalau boleh uji ringkas ‘Fuel consumption’ dan kelajuan enjin (RPM) pada kelajuan-kelajuan tertentu.
    6. kurangkan tayangan shot ‘aksi kosong’ yang berulang. E.g.; logiknya, tak selalu orang bawa Sedan Segmen-D melayan pasir tepi pantai.

    Keep it up Funtasticko!


  • Cool but not cool
    Setelah pandu uji rasa seperti memandu accord G8 dan bukannya perdana. Harganya pula mahal tetapi tidak mahal. Mahal jika dibandingkan dengan Perdana terdahulu tetapi murah jika dibandingkan dengan accord G8. Jika mahukan feel Honda buatlah tempahan segera, jika mahukan feel perdana tunggu saja pertengahan 2018.


  • In terms of driving memang rasa Accord. Honda memang tak kasi kacau bab handling ne. Adui.. kalaulah Honda kasi tuning suspension and stuff.. dah tentu boleh jadi selling point yang kukuh. Proton’s ride and handling memang terbaik


  • itulah sikap jepun..x boleh lebih dr mereka.(logiknya kalau setting handling x effect sgt kat enjin pun).sbb tulah pembuat kereta jpun ttp pertahankan takata .jepun ttp dgn barangan jepun .jika satu company jatuh ke tangan orang asing satu kerugian besar bagi negara mereka.(toyota=daihatsu,subaru,hino,perodua,)


  • Bagi saya PERDANA baru ni nampak sangat cun. sangat mengancam kalbu. Mmg betul lampu belakang tu sangat unik dan distinctive. Dari jauh dah boleh cam yang itu Perdana, sama macam Iriz. dari jauh dah confirm itu iriz.

    Tapi……… saya SANGAT2 TERKILAN bila Perdana 2.0L tak ada ESC! Aisehmannnnnn Proton2… mmg tgh aim mungkin 2-3 tahun lagi boleh angkat 2.0L…aiyoo

    Kete besar mcm Perdana takde ESC mana boleh proton… sekali OVERSTEER confirm terguling masuk parit…Proton… mana boleh mcm ni…tolonglah kesian golongan middle class mcm aku kat Malaysia ni. Nak angkat kete segment D import semuanya mahal2. Elok2 ada 2.0L ni, boleh buat camni plak.

    Ko dah gah promote pasal Iriz punya safety dan itu dan ini. 5 star sana sini. ANCAP ASEANCAP itu cap ini cap. Preve dan Suprima safety mantap. dah macam Volvo of Asia. tapi kereta perdana yg mahal ni ko boleh tak letak ESC???

    BERTAUBATLAH!

    Satu langkah ke belakang. Tolonglah berubah!

Leave a Reply