ARKIB

KATEGORI

Buletin

VIDEO : Pandu uji ringkas trak Volvo FH

Views
Volvo FH Truck test

Volvo Trucks Malaysia telah memperkenalkan trak FH Series, trak premium perdana di Malaysia yang menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya, keandalan dan keselamatan. Dibina untuk pengedaran jarak jauh dan dengan daya kilas dan kuasa yang unggul, Volvo FH series sangat berkeupayaan untuk tugas penghantaran beban bersaiz besar dalam jarak yang jauh. Volvo FH dilengkapi dengan teknologi Stereng Dinamik Volvo (DVS) yang menjadikan pemanduan yang lebih stabil pada kelajuan tinggi dan kawalan sepenuhnya pada kelajuan rendah. Ia menjadikannya kurang sensitif kepada angin litang dan amat stabil pada permukaan jalan yang tidak rata.

Program Kestabilan Elektronik (ESP) trak ini begitu cekap dalam mengurangkan risiko tergelincir dan terbalik. Dalam situasi yang merbahaya, ciri ini berfungsi dengan mengurangkan kuasa enjin serta-merta dan terus membrek trak dan treler. Trak ini juga dilengkapi penstabil yang dipatenkan oleh Volvo, penyerap hentakan yang memindahkan tekanan beban kepada pusat casis dan sistem suspensi yang yang menghalang getaran daripada merebak melalui trak, sekaligus menjadikan pengendalian trak Volvo FH yang terbaik dan tiada tolok bandingnya dalam industri trak.

Volvo FH juga direka untuk menjimatkan bahan api dan beberapa komponen termasuklah I-Shift yang menjadikannya trak paling cekap bahan api di dunia. Struktur cab serba baharunya telah melalui lebih ribuan simulasi perlanggaran di Sweden dan merupakan cab yang paling luas dalam pasaran. Rekaan cermin pandang belakangnya yang unik dan panel pintu yang boleh diturunkan membantu penglihatan terbaik sekaligus menjadikan Volvo FH antara trak paling selamat di dunia.

Rekaan ergonomik Volvo FH membolehkan pemandu peluang untuk bekerja dengan lebih cekap, serta memberikan lebih keuntungan kepada majikannya. Rekaan kabin Volvo FH juga sangat luas dan selesa serta ruang penyimpanan luarannya boleh direka mengikut citarasa pelanggan. Satu lagi ciri baharu Volvo FH adalah I-Park Cool, yang merupakan penyejuk parkir bersepadu yang menyediakan kapasiti penyejukan unggul tanpa berkompromi dengan ruang cab atau penggunaan bahan api.

Model yang amat dinantikan ini telah mula dijual di Malaysia. Jom kita tonton video pandu uji ringkas Volvo FH yang telah dibuat oleh Editor kami, Shamsul Yunos semasa pelancarannya baru-baru ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply