ARKIB

KATEGORI

Buletin

Video pegawai JPJ ‘balun’ mat motor disiasat

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media ringkas yang dimuatnaik ke laman Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia petang tadi, mereka memaklumkan akan menyiasat video tular yang memaparkan pegawai jabatan berkenaan mengasari seorang penunggang motosikal semasa bertugas.

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Pihak JPJ mengambil maklum mengenai insiden ini dan siasatan dalaman kini sedang dijalankan di peringkat Ibu Pejabat JPJ. Sementara itu, pihak pengurusan tertinggi jabatan tersebut memandang serius isu-isu yang berkaitan integriti dan tidak sesekali akan berkompromi terhadap mana-mana warga JPJ yang didapati bersalah melakukan kesalahan tingkah laku.



JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Tindakan tatatertib yang lebih tegas termasuk menamatkan perkhidmatan akan dikenakan terhadap mana-mana warga JPJ yang didapati bersalah melanggar undang-undang negara dan peraturan jabatan. Semalam, satu video berdurasi 45 saat tular menerusi WhatsApp yang memaparkan dua pegawai JPJ yang meluru ke ke arah penunggang motosikal yang berada di kawasan rumput di tepi jalan raya.

Salah seorang dari pegawai JPJ tersebut dilihat memukul dan menendang penunggang motosikal terbabit hingga menyebabkannya jatuh terduduk. Kejadian terbabit dipercayai berlaku di Jalan Sandakan-Lahad Datu, Sabah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply