ARKIB

KATEGORI

Buletin

VIDEO : Pemandu teksi setuju Proton Exora jadi teksi standard di Malaysia!

Views
Pemandu teksi Malaysia setuju Proton Exora jadi teksi standard

Sejak kebelakangan ini berita media arus perdana kerap memainkan isu keluhan pemilik dan pemandu teksi jenama Proton mengenai keselesaan, kualiti, ketahanan dan kos penyelenggaraan yang tinggi selain kesukaran untuk mendapatkan alat ganti teksi mereka. Perkara tersebut telah menyebabkan pendapatan mereka terjejas malah ada antara mereka yang mengalami kerugian dan kehilangan pelanggan terutama sekali pelancong dari luar negara.

Berikut adalah video temubual bersama wakil pengusaha dan pemandu teksi yang sempat kami rakamkan minggu lalu. Mereka amat bersetuju jika Proton Exora dijadikan teksi standard di Malaysia untuk menggantikan model lama yang masih lagi dalam perkhidmatan. Mereka berpendapat model Exora lebih sesuai sebagai TEKS1M kerana saiznya yang lebih besar dan selesa, selain harganya yang berpatutan.

Namun begitu cadangan untuk menjadikan Proton Exora sebagai TEKS1M kini bakal tergugat kerana kelewatan pihak Proton untuk menyediakan unit yang mencukupi sepertmana yang dikehendaki oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Oleh itu, SPAD telah berunding dengan Toyota dan Nissan untuk membekalkan model Innova dan NV200 sebagai ganti kepada Exora. Namun rundingan tersebut belum lagi dimuktamadkan.

* Apa pendapat anda mengenai isu ini? Bagaimana cara untuk menyelesaikannya..

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply