Video spyshots terbaru P3-22A ini telah dimuat naik oleh Ernest Kok di YouTube dan kemungkinan ia telah dirakamkan di Genting Highlands. Walaupun cuma 15 saat tapi kita boleh melihat sedikit bahagian dalamannya. Kelihatan juga sebuah Preve mengekori dibelakangnya. Setakat ini masih tebal lagi tampalan dibahagian belakang. Kita tunggu spyshots yang lain pula ye… 🙂
Video spyshots P3-22A naik Genting Highlands
posted on
dah 2 kali aku nampak preve hatchback ni dekat kawasan bentong. tapi x sempat nak snap pic sbb dalam kereta time tu. ade volkswagen polo ikut sekali kt belakang kete tu. nampak smart la keretanya.
Unmistakable preve’s whistling turbo sound..haha..nice..aku x pernah lagi bawak preve naik genting lagi..tapi kalau drive kt highway karak tu..perghh layan habis guna paddle shifter..haha
berdesuuuuupppppppppppppppppppp…..
kalu pause sekejap pada saat 0.001 tu..headlamp die dh x kamoflaj dh….
Karak gear 4+5 aje ar. Minggu lepas Polis punye Preve turun Karak, memang Champion! Tapi ini bermaksub dah masuk endurance testing. Insyaa Allah jumpa minggu depan.
preve blakang tu test enjin baru ker..
sapa cakap blakang Preve sedan tak lawa? Tgk tu..
Bila agak-agak nak lancar ni? dah gatal tapak tangan ni..
QTR 2 this year… insyaAllah
QTR 2 this year bermaksud Proton target jual sebelum Raya Aidilfitri tahun ni.. Cantik la..
from inside source, it is confirmed that this new car have a variant of CFE 6MT~
Improve interior finishing… insyaallah lagi ramai yg berminat…
Tgk dlm die ade dashboard head unit, bukan lgi 2 din head unit.
Saya diberitahu dari kawan yg berbual ngan agen Proton bahawa model Preve Hatchback ini akan ada gear Hill-Assist. Kata model kali ini memang cantik. Harap-harap begitulah.. tak sabar nak tunggu pelancaran ni.
Kawan-kawan , saya baru dapat lesen P . boleh atau tidak saya test drive Preve sedan walaupun lesen saya tak matang lagi ??.. Sapa-sapa tahu ?.
Dulu saya tak dak lesen kereta tapi masa pergi belajar kat sekolah memandu bawa kereta kawan.
Maksud saya ,saya test Preve kat proton showroom . tapi lesen saya tak matang lagi . boleh ke ???
ku dgr enjin petronas e02…mgkin dua version
e02 2.0 n 1.6cfe
Preve kat blakang tu pun mule jugak ke? Sbb ada temporary plate number. Then dia punya lampu belakang nampak neon like rather than LED. Ke saya sorang je ingat mcm tu. Saya pernah sit down dlm Preve. Memang luas. Lagi luas dari Inspira. Cuma interior dia nampak kurang. Even kabin pemandu dengan penumpang ada beza. Kabin pemandu pakai soft plastic untuk door panel, tapi penumpang pakai hard plastic. Sedih sikit kat situ. Harap2 ada perubahan.