ARKIB

KATEGORI

Tular

Video tular: Lelaki naik helikopter hadiri majlis perkahwinan bekas kekasih

Tular

Views

Tetamu sebuah majlis perkahwinan di Indonesia terkejut apabila sebuah helikopter yang membawa seorang lelaki secara tiba-tiba mendarat berhampiran rumah pengantin, lapor laman berita Suara.com kelmarin.

Menurut K! ONLINE, lebih mengejutkan, lelaki yang menaiki helikopter tersebut sebenarnya merupakan bekas kekasih pengantin perempuan yang hadir ke majlis perkahwinan itu.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menerusi satu video yang tular, sebilangan tetamu kelihatan sedang berdiri sambil meninjau ke atas langit sebaik mendengar bunyi sebuah helikopter yang amat hampir dengan lokasi majlis.

Helikopter tersebut kemudiannya mendarat di satu kawasan lapang berhampiran rumah pengantin serta mengakibatkan kain-kain perhiasan majlis berterbangan ditiup kipas helikopter itu.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Seorang lelaki berbaju batik lengkap dengan songkok kemudiannya turun dari helikopter tersebut dan menuju ke arah rumah pengantin.

Berdasarkan keterangan pada video yang dimuat naik di Instagram @fakta.indo itu, lelaki tersebut rupa-rupanya merupakan bekas kekasih pengantin perempuan.

Video tersebut telah menjadi perhatian warganet dengan menerima lebih 491,000 tanda suka serta ramai di kalangan mereka yang meninggalkan pelbagai komen yang melucukan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply