ARKIB

KATEGORI

Tular

Video tular masuk lorong motosikal, polis cari pemandu Honda City

Tular

Views

Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta yang tular memandu di lorong motosikal di kilometer 34.1 Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Shah Alam di Petaling Jaya.

Menurut KOSMO! ONLINE, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Pengutkuasaan Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini mengesan satu video tular memaparkan sebuah kenderaan Honda City memandu di lorong motosikal.

Kata beliau, satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengantkutan Jalan (APJ) 1987.

Kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Susulan itu katanya, pihak polis menyeru pemilik atau pemandu kereta serta mana-mana saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Individu terlibat serta saksi boleh tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Ahmad Termizi Abdul Halim di talian 013-3752511.

Pihak polis juga ingin mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya agar mematuhi arah papan tanda jalan bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply