ARKIB

KATEGORI

Tular

Video tular memotong di garisan berkembar, polis buka kertas siasatan Alphard ‘P45’

Tular

Views

Polis mengesahkan ada menerima laporan berkaitan video tular di Facebook (FB) yang memaparkan sebuah kenderaan dipercayai milik seorang timbalan menteri melanggar peraturan jalan raya.

Menurut Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Superintendan Suhaimi Jusoh berkata, video tular yang berdurasi 38 saat itu menunjukkan rakaman kenderaan jenis Toyota Alphard warna hitam memotong kenderaan di garisan berkembar.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Menurutnya, seorang pengguna Facebook memuat naik video dengan tajuk ‘P45.. “Macam pernah tengok.. Nak terkencing barangkali, sampai double line pun potong..”

Berdasarkan video berkenaan, didapati pemandu kenderaan bertindak memotong beberapa kenderaan lain di garisan berkembar secara berbahaya yang mana terdapat kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Hasil siasatan, kejadian berkenaan berlaku di laluan Bukit Marak-Binjai, berdekatan sebuah jambatan di lampu isyarat Chabang Tiga, Gong Dermin di Kota Bharu.

Pihak polis akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan agar dapat mengelak daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini terutama membabitkan kehilangan nyawa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply