ARKIB

KATEGORI

Tular

Video tular pertengkaran antara penghantar makanan dan pemandu kereta kini disiasat

Berita Tempatan

Views

Polis memulakan siasatan terhadap klip video berdurasi 50 saat yang tular di media sosial memaparkan pertengkaran di antara penunggang motosikal dipercayai penghantar makanan dengan seorang pemandu kereta di Persiaran KLCC baru-baru ini.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, video tersebut dikesan tersebar di media sosial pada Sabtu lepas.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, polis menjalankan siasatan berhubung video tular tersebut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sehubungan itu, menurut Zainal, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sejurus siasatan selesai untuk tindakan lanjut.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Pada masa sama, orang ramai diminta supaya tidak menyebarkan klip video berkenaan kerana dikhuatiri akan mendatangkan kegusaran awam.

Orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply