ARKIB

KATEGORI

Tular

Video tular – Polis cari individu lari dari kawasan PKPD

Tular

Views

Polis sedang mengenal pasti identiti beberapa individu melarikan diri daripada sebuah kawasan perumahan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 18 Julai sehingga 31 Julai ini, dekat Kuantan, semalam.

Menurut Utusan Malaysia, kejadian itu tular apabila terdapat rakaman video berdurasi 33 saat memaparkan satu keluarga yang meloloskan diri dengan melompat pagar tidak dipasang kawat duri di Perumahan ​Sungai Isap.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ketua Polis Daerah​ Kuantan​, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihak polis akan membuka kertas siasatan dan menjalankan proses tersebut secepat mungkin. Katanya, mereka yang keluar tanpa kebenaran itu akan dijejaki untuk tindakan selanjutnya.

Tambah beliau, tindakan mereka yang degil dan tidak bertanggungjawab ini berkemungkinan boleh menyebabkan merebaknya wabak ini keluar dari kawasan PKPD ke kawasan lain.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu enggan mematuhi apa-apa perintah pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 15 (arahan pegawai diberi kuasa untuk Person Under Surveillance (PUS) menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dalam tempoh yang difikirkan patut) dan boleh dikompaun RM3,000.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Rakaman video kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.27 petang, semalam. Sebaik sahaja berjaya menyusup keluar, mereka dilihat menaiki sebuah kereta ​yang menunggu di luar kawasan berkenaan. Dalam pada itu, Mohammad Noor berkata, polis juga akan mengesan perakam yang merakam kejadian tersebut bagi tujuan membantu siasatan.

Dengan itu, satu siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia akan diteruskan. Tambahnya, orang ramai ​yang mempunyai maklumat berhubung video yang tular​ itu boleh melaporkan kepada pihak polis.

Sementara itu, kata beliau lagi, susulan daripada kejadian itu anggota bertugas telah diarahkan membuat kawalan dan rondaan berterusan untuk memastikan tiada pergerakan yang menyalahi undang-undang bagi kesemua 13 lokaliti yang dikenakan PKPD.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply