ARKIB

KATEGORI

Buletin

Video tular – Samseng jalanan diburu polis

Berita Tempatan

Views

Semalam tular satu rakaman video berdurasi 35 saat menunjukkan seorang lelaki yang menunggang motosikal menyerang seorang pemandu wanita, gara-gara wanita tersebut tidak memberikan isyarat lampu ketika masuk simpang. Menurut Berita Harian, pihak polis sedang mengesan lelaki itu kerana disyaki mendatangkan kecederaan kepada seorang wanita dalam kejadian tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suspek didapati menumbuk kepala dan menampar muka wanita terbabit. Wanita itu kemudiannya telah membuat laporan polis.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

Wanita yang memandu kereta jenis Honda Civic berkata lelaki tersebut datang dari arah belakang yang memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat serta menuduhnya masuk simpang tanpa memberikan isyarat lampu. Kemudian suspek membuka topi keledar dan menghentak bumbung keretanya, dan semasa mangsa keluar kereta untuk melihat kerosakan yang dialami, suspek menumbuk kepala dan menampar mukanya.

Wanita tersebut dibantu oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum tampil membuat laporan polis, serta mendapatkan rawatan di Hospital Ampang. Noor Azmi berkata semakan mendapati suspek memiliki lima rekod jenayah lampau dalam kes dadah dan khianat.

JOM BACA >> Toyota Avanza facelift bakal diperkenalkan tidak lama lagi

Tambahnya lagi, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Inspektor Sivanathan Ratham (Pegawai Penyiasat) di talian 016-590 3985, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. Katanya, kesi ini disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Pada kami masing-masing buat salah, lelaki itu menunggang tanpa memakai topi keledar dan memukul orang, manakala wanita tersebut memandu secara merbahaya kerana tidak menyalakan isyarat lampu ketika hendak masuk simpang.

Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Harap kes ini diselesaikan dengan baik.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply