ARKIB

KATEGORI

Buletin

VIDEO : Tun Dr Mahathir mencuba ciri kawalan suara SUV pertama Proton

Views
Dr M pandu uji Proton SUV baharu

Semalam laman YouTube Chedet Official telah memuatnaik satu video ringkas YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir memandu uji sesi pandu uji SUV pertama Proton yang bakal dilancarkan pada September atau Oktober tahun ini. Dalam video tersebut, salah satu ciri menarik SUV tersebut iaitu kawalan suara telah dicuba oleh Tun Dr Mahathir.

Ciri ini membolehkan pemandu atau penumpang memberi arahan seperti membuka bumbung suria dengan hanya menggunakan suara tanpa menekan sebarang butang kawalan. Ini membolehkan pemandu lebih fokus terhadap pemanduan dan mengurangkan risiko kemalangan.

Fasa pertama SUV pertama Proton adalah unit CBU sepenuhnya yang didatangkan dari China dan mulai tahun hadapan versi pemasangan tempatan dengan lebih banyak unsur rekaan Proton akan diperkenalkan. Dijangka Proton meletakkan tanda harga di bawah RM100K untuk model SUV premium lima-tempat duduk ini yang dikuasakan oleh enjin 1.8 liter TGDI dengan transmisi enam-kelajuan automatik.

Jom saksikan video di atas!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments

Leave a Reply