ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Vios Sprint Cup ‘bakar’ Litar Sepang hujung minggu ini

Sukan Permotoran

Views

Buat julung kalinya, seramai 38 pelumba bakal berentap dalam saingan GAZOO Racing Vios Sprint Cup bersempena dengan Malaysia Championship Series (MCS) yang berlangsung pada hujung minggu ini (21-22 Mei 2022) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Perlumbaan selama sejam dengan dua pusingan pada Sabtu dan Ahad ini menyaksikan dua pelumba dalam satu pasukan bersaing menggunakan Vios generasi ketiga untuk merebut ganjaran wang tunai berjumlah RM60,000.

Ia masih mengekalkan format siri ‘one-make‘ sama seperti Vios Challenge, jadi ia bermaknan kesemua pelumba akan menggunakan Toyota Vios spesifikasi perlumbaan dengan enjin dan transmisi standard kilang, termasuk pengubahsuaian yang sama pada sistem suspensi, tayar dan bahan api.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Yang membezakan mereka hanyalah cara berlumba, kemahiran pemanduan dan juga pengalaman. Perlumbaan ini menghimpunkan para peserta yang terdiri dari nama-nama besar seperti Tengku Djan Ley, Mark Darwin, Mohd Fariqe Hairuman Eddie Lew, Boy Wong dan William Ho.

Tidak ketinggalan ‘ubi-ubi muda’ sensasi seperti Naquib Azlan, Hayden Haikal, Mika Hakimi, Nabil Azlan, Bradley Benedict Anthony, Timothy Yeo dan Alister Yoong. Bagi memastikan kesaksamaan, perlumbaan ini tidak membenarkan dua pelumba berpengalaman untuk bergandingan bersama.

Untuk itu, pasukan Prima Pearl TD Racing telah mempertaruhkan gandingan Tengku Djan dan pelumba remaja Mika Hakimi, manakala saingan terkuat mereka dari pasukan Laser Motor Racing akan menurunkan gandingan Mark Darwin dan Bradley Benedict Anthony.

Walaubagaimanapun, pasukan Axle Motorsports akan menggandingkan dua pelumba remaja dalam satu pasukan yang terdiri daripada Hayden Haikal dan Naquib Azlan, selain Alister Yoong dan Muizz Musyaffa yang akan mengemudi jentera lumba kedua.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Perlumbaan 1 GR Vios Sprint Cup pada hari Sabtu ini bakal menyaksikan kedua-dua pelumba memandu dalam dua pusingan kelayakan yang berbeza, dengan pelumba terpantas dibenarkan untuk memulakan perlumbaa 1-jam itu sebelum melakukan pit stop mandatori untuk penukaran pemandu.

Untuk Perlumbaan 2 pada hari Ahad, pelumba yang mencatat masa lebih perlahan berdasarkan Perlumbaan 1, akan menjadi pelumba pertama sebelum digantikan dengan pelumba yang berikutnya.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, Toyota juga bakal memperkenalkan saingan GR Vios Enduro Cup bersempena dengan Sepang 1000Km Endurance Race pada hujung tahun ini.

Juara keseluruhan dalam dua perlumbaan GR Vios Sprint Cup akan membawa pulang wang tunai RM10,000, diikuti dengan naib juara sebanyak RM8,000, pemenang tempat ketiga menerima RM6,000 dan masing-masing RM4,000 dan RM2,000 untuk tempat keempat serta kelima.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply