ARKIB

KATEGORI

Buletin

Vitara Brezza, model mini SUV Maruti Suzuki untuk pasaran India

Views

Pengeluar kereta terbesar di India, Maruti Suzuki, telah memuatnaik sekeping foto SUV sub-kompaknya yang pertama yang bakal dikenali dengan Vitara Brezza. Pengenalan globalnya akan dibuat semasa Delhi Auto Expo 2016 pada awal Februari dengan jualannya akan bermula selang beberapa minggu kemudian.

Walaupun berkongsi nama dengan Vitara, namun Vitara Breeza langsung tiada kaitan dengan model tersebut dan juga Grand Vitara tetapi rekabentuknya mempunyai iras model sebelumnya. Menurut Maruti, Breeza adalah istilah dari Bahasa Itali yang bermaksud “bayu/angin segar”.

Setakat ini Maruti mengunci mulut mengenai butiran lengkap model tersebut dan kemungkinan ia akan dipasarkan ke negara lain ataupun tidak. Namun melalui maklumat yang diperolehi dari Indian Autos Blog, model ini akan berkongsi enjin Suzuki Swift, termasuk enjin petrol 1.2-liter milik jenama Jepun tersebut dan juga enjin 1.3-liter turbo diesel dari Fiat. Kedua-dua enjin tersebut akan digandingkan bersama transmisi lima-kelajuan manual yang akan dijadikan sebagai varian standard.

* Adakah Proton bakal menggunakan platform model ini untuk SUV pertamanya? Kita tunggu dan lihat.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply