ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION 2023 kini dengan IQ.DRIVE, harga RM299,990

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan Arteon R-Line 4MOTION yang dipertingkatkan dengan teknologi IQ.DRIVE.

Dengan harga cadangan RM299,990, ciri-ciri baharu IQ.DRIVE merangkumi Bantuan Hadapan dan Kawalan Jelajah Adaptif serta port pengecasan nirwayar.

Tiga warna metalik ditawarkan iaitu Manganese Grey, Lapiz Blue dan Pyrite Silver, serta dua warna mutiara iaitu Deep Black dan Oryx White.

Arteon dijana oleh enjin turbo 2.0L TSI yang menghasilkan 280PS dan 350Nm daya kilas. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear cekam basah tujuh kelajuan direct shift (DSG).

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Sedan dengan rekaan fastback itu boleh memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa hanya 5.6 saat selain menawarkan penjimatan bahan api sekitar 7.4L/100km.

Ruang kabin Arteon sememangnya cukup elegan dan sporty, disempurnakan lagi dengan kemasan perak R-Line dan stereng rekaan baharu.

Semua maklumat boleh diakses menerusi sistem Digital Cockpit resolusi tinggi bersaiz 11.7-inci dan unit inforia Discover Pro dengan skrin bersaiz 9.2-inci bersama ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar.

Sistem audio premium Harman Kardon 700-watt dengan 12 unit pembesar suara menawarkan akustik yang terbaik untuk ‘halwa telinga’ para pemiliknya.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Arteon turut dilengkapi dengan ciri Dynamic Chassis Control (DCC) sehingga 15 tetapan tertentu dan lima mod pemanduan yang terdiri daripada Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual.

Dari segi keselamatan, selain Bantuan Hadapan dan Kawalan Jelajah Adaptif, Arteon turut dilengkapi dengan Bantuan Sisi, Amaran Lintasan Trafik Belakang dan Bantuan Lorong.

Selain itu ia turut dilengkapi dengan sistem kamera pandangan 360°, Sistem Brek Pasca Perlanggaran, Sistem Tindak Balas Rempuhan Pintar (ICRS) dan Kunci Pembezaan Elektronik (XDS).

Ciri keselamatan standard pada Arteon termasuklah Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Antikunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Bonet Aktif, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar dan Brek Manuver.

Arteon turut didatangkan oleh penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply