Semalam Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM), anak syarikat Volkswagen Group Malaysia telah melancarkan model terbaru Volkswagen CC untuk pasaran tempatan. Pelancarannya telah diadakan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) dengan dihadiri oleh 400 orang peminat jenama Volkswagen serta pihak media yang diberi peluang untuk menjadi antara yang pertama untuk melihat Volkswagen CC dengan lebih dekat .
Volkswagen CC adalah model gantian kepada Passat CC. Ia direka semula untuk menepati DNA reka bentuk Volkswagen . Hasilnya, rekaan terbaru Volkswagen CC ini lebih elegan dan dinamik secara keseluruhannya. Model ini telah membuat penampilan sulung secara global pada November tahun lalu di Los Angeles Auto Show.
Enjin 1.8 liter TSI menjana 160PS pada 5000 rpm menjadi nadi utama model ini. Ia mampu mengeluarkan 250Nm tork antara 1500 dan 4200 rpm, memecut 100km / h dalam masa 8,5 saat, manakala mencecah kelajuan tertinggi pada 223km/h. Enjin empat silinder suntikan terus turbo adalah sangat cekap bahan api dengan penggunaan sebanyak 7.2 liter/100km. Ia dipadankan dengan transmisi Direct Shift Gearbox (DSG) tujuh kelajuan dan Adaptive Chassis Control (DCC) untuk pemanduan yang lebih menyeronokkan.
Reka bentuk hadapannya menampilkan rekaan gril radiator baru, lampu bi-xenon dengan lampu LED siang. Selain itu ia dilengkapi dengan roda aloi 17 “‘Phoenix’ untuk menyerlahkan penampilan luarannya. Ruang dalamannya pula mempunyai ciri-ciri yang dinamik dan elegan. Panel kawalan CLIMATRONIC merupakan ciri terkini yang terdapat pada model ini. Selain itu, Volkswagen CC baru dilengkapi dengan roda stereng pelbagai fungsi dengan butang kawalan untuk DSG, NGO dan radio, kerusi depan elektrik boleh laras, tempat duduk pemandu dengan memori, brek parking elektrik dengan fungsi auto-hold, tempat duduk kulit Nappa dan radio skrin sentuh RCD 510 dengan 6 penukar CD dan 8 pembesar suara.
Volkswagen telah memperhalusi ciri-ciri keselamatan dan keselesaan untuk kenderaan ini. Untuk model ini, sistem bantuan yang dapat mengesan keletihan pemandu, dikenali sebagai sistem ‘Rest Assist’. Ia juga dilengkapi dengan 6 beg udara selain Electronic Stability Program (ESP), Anti-Lock Brakes (ABS) dan Brake Assist (BA). Selain itu, Volkswagen CC dilengkapi dengan sistem pemantauan tekanan tayar, sensor hujan dan auto dimming cermin pandangan belakang.
Volkswagen CC kini terdapat disemua wakil jualan Volkswagen seluruh negara. Pilihan warna yang boleh ditawarkan ialah Candy White, Light Brown Metallic, Black Oak Brown Metallic, Reflex Silver Metallic, Icelandic Grey Pearl dan Deep Black Pearl. Harga yang ditawarkan ialah RM225, 888 bagi versi Comfort dan RM243, 888 bagi versi Sport (DSN).
* Terima kasih kepada sahabat saya Arish Qutb Ahmad Khan kerana sudi berkongsi maklumat ini.
i feel Prevé DNA kt part depan…XD huhuhu
Dgn cubic print bercorak kayu tu,gear console….i feel to0…=)
dashboard ala preve..
bangga tgok bila kreta luar ada iras2…kreta buatan Malaysia..cuba byangkan model VW atas adalah Model Prevé Prime(Perdana)…Model utk mnggantikan Perdana. . . XD huhuhu…
Sapa2 terrer Edit photo…Remake model atas buat ader DNA Proton…= )
emm…dh lama admire kt model VW nih…
console tengah macam preve..grill depan macam waja
Mmm… design wise mcm x banyak beza dgn yg lama. Dah mcm model facelift jer:)
cheers!
design kete ni rsenyer kuar awal dr preve kot…betulkan klu salah ye
Rasanya design preve yg mcm VW/europe car, dan bukan sebaliknya…kerana bentuk preve direka seperti kereta conti..
proud to preve!!
klu proton kuar segmen D pengganti perdana mgkn bole buat iras2 preve tp lg besar la. platform takde pulak sbb exora sesuai sampai C je kot, jd bole rebadge atau reskin
klu korg komen kat pt kata dashboard cam preve sure berbakul2 kena thumb down huhu
Bro PT tu lain…Org kt Blog FD nih…smua b’pkiran terbuka bukan cam dlm blog PT tu…Crita ttg kreta leh plak mlelat ke Politik la…Agama la…Bangsa la..dlu2…aku pun lyan gak PT…p dh bnyak cmment yg menyimpang kt lain…mlas nk tgok…Elok lagi tgok Funtasticko!! More Logic to Automotive than Political Topics.. = )
arap ade GPS kt kereta tu 😀