ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen dedah lakaran trak pikap konsep terbaharu

Views

Sempena São Paulo Motor Show yang akan bermula 6 November ini, Volkswagen telah mengeluarkan lakaran awal model trak pikap konsep yang bakal membuat kemunculan di pameran tersebut. Digelar “pikap luar biasa”, model yang masih belum diketahui namanya ini menjanjikan kombinasi terbaik antara trak dan SUV.

Buat masa ini Volkswagen masih lagi ketat menyimpan rahsianya, namun ada yang mengatakan model konsep ini akan mempunyai “tempat muatan pelbagai ubah” yang boleh dipanjangkan dengan hanya melipat panel belakang cab trak tersebut. Ini bermakna bahagian belakangnya boleh boleh dilaraskan sama seperti yang pernah digunakan pada model lama Chevrolet Avalanche.

Trak ini juga merupakan “kenderaan berorientasikan bandar” dan ia bakal menjadi pikap untuk gaya hidup. Ia akan dibangunkan dari pelantar MQB dan menampilkan pacuan-semua roda. Pengeluar dari Jerman itu juga mengesahkan model tersebut akan berada di bawah Amarok.

JOM BACA >> INTIP: Stok Proton X70 mula tiba, Iriz MC2 ronda-ronda dekat McD

Walaupun Volkswagen hanya mengeluarkan satu gambar, kita dapat melihat garisan karektor yang kuat dan gerbang roda yang menonjol. Selain itu, kita juga boleh melihat lampu belakang, tiang-C berwarna perak dan rel bumbung yang pendek. Di kala produksi untuk model konsep Tanoak masih samar-samar, Volkswagen mengesahkan pikap ini bakal dilancarkan di Brazil pada 2020.

Volkswagen berkata, model pengeluarannya nanti “tiada perbezaan” dengan versi konsep dan akan turut ditawarkan ke pasaran lain di seluruh dunia. Tetapi mereka masih lagi enggan menyebut pasaran manakah yang sedang dalam pertimbangan, namun ia mungkin tidak akan ke Amerika memandangkan saiznya yang kecil.

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 sah pakai antena sirip jerung

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply