ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen lancar Golf R MK8, CBU – Harga bermula dari RM356,412

Berita Tempatan

Views

Satu lagi ahli keluarga baharu Volkswagen Golf MK8, iaitu Golf R turut dilancarkan malam tadi. Golf yang paling berkuasa berbanding model-model terdahulu ini adalah satu-satunya varian yang dibawa masuk secara import sepenuhnya (CBU).

Golf R menawarkan kuasa mencecah 320PS dan 400Nm daya kilas daripada enjin turbo 2.0TSI terkini yang dipadankan bersama kotak gear DSG 7-kelajuan.

Ia juga menjadi model pertama Volkswagen yang dipasang dengan sistem pacuan semua roda 4MOTION dengan ciri Performance Torque Vectoring.

Sistem Pengurusan Dinamik Kenderaan) pada model R ini diintegrasikan dengan sistem-sistem lain seperti Kunci Pembezaan Elektronik (XDS), Kawalan Dinamik Casis(DCC) dan stereng yang progresif.

Gaya prestij model R dapat dilihat pada ruang dalamannya melalui penawaran ciri premium iaitu sistem audio Harman Kardon bersama 10 unit pembesar suara.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Ciri-ciri unik beka bentuk Golf R termasuklah emblem R, rekaan bampar dan liang udara, peresap udara yang baharu dipadankan bersama sepasang ekzos pada bahagian kiri dan kanannya.

Rim aloi Adelaide bersaiz 19-inci melengkapi profil hot hatch ini. Warna biru yang menjadi signatur pada model R diserlahkan pada angkup brek dan jalur berwarna biru pada bahagian hadapan jentera ini.

Iluminasi jejalur lampu juga merupakan satu identiti Volkswagen. Satu lagi ciri unik ialah pancaran logo R apabila pintu pemandu dibuka dan ditutup.

Ruang dalamannya menampilkan elemen sporty dan mewah melalui kemasan khas R dalam bentuk Carbon Grey. Ia juga dipasang dengan tempat duduk hadapan sport premium yang dibaluti kulit Nappa dan sulaman logo R pada penyandar kepala.

Ia turut dilengkapkan lagi dengan ciri kawalan suhu aktif dan pemandu juga boleh mengubah suai posisi tempat duduk serta sokongan lumbar secara elektrik.

Satu lagi ciri istimewa ialah paddle shifter yang lebih besar untuk pengalaman menukar gear dengan lebih baik. Golf R turut dilengkapi dengan Kokpit Digital bersaiz 10-inci tercanggih, termasuklah R-View yang direka secara eksklusif untuk model ini.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Paparan bantu (auxiliary) pastinya sangat digemari oleh peminat sukan bermotor kerana ia menawarkan data-data seperti output, kuasa, agihan daya kilas, tekanan cas, lap timer dan G-meter yang boleh dilihat pada masa sebenar.

Sistem Infothibur Digital bersaiz 10-inci menawarkan ketersambungan mudah dengan navigasi terbina dalam, serta ciri Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar.

Model ini juga dilengkapi dengan 30 pilihan warna lampu ambien dan pendingin hawa 3-zon Climatronic untuk memberi keselesaan maksimum.

Dari aspek keselamatan, Golf-R dilegkapi ciri keselamatan utama seperti enam beg udara, bantuan sisi dengan amaran lintasan trafik belakang, kamera undur, sistem brek pasca pelanggaran automatik, sistem amaran pemandu, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Maklum Balas Kemalangan Pintar (ICRS), Brek Parkir Elektronik (EPB), sistem penggera anti-kecurian, sistem perlindungan penumpang proaktif dan banyak lagi.

Tiga pilihan warna ditawarkan termasuk warna identitinya Lapiz Blue (biru), serta Deep Black (hitam) dan Pure White (putih).

Harga yang ditawarkan pada RM356,412.85 (tanpa cukai jualan) termasuk penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan kerosakan selama lima tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply