ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Malaysia lancar Golf GTI Edition 50 – Harga cadangan RM267,990

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan model eksklusif Golf GTI Edition 50 yang ditawarkan pada harga cadangan (RRP) RM267,990.

Harga itu termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (VAP) yang memberikan pemilik dengan penyelenggaraan, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan pinggir jalan selama 5 tahun.

GTI Edition 50 dilancarkan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-50 Golf. ‘Hot hatch‘ yang dipertingkat itu dilengkapi pelbagai aksesori, antaranya:

  • Kit badan Oettinger
  • Rim baharu bersaiz 18-inci
  • Sarung cermin sisi berwarna hitam
  • Emblem ekslusif Edition 50
  • Kemasan sisi sporty yang diinspirasikan daripada rekaan sarang lebah signatur model GTI

GTI Edition 50 didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Oryx White (putih) dan Moonstone Grey (kelabu). Menurut Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev, naik taraf pada Edition 50 pastinya memberi sentuhan unik yang membuatkannya sebuah model koleksi.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Tambah beliau, pihaknya percaya bahawa Edition 50 akan menarik perhatian para peminat GTI yang mahukan sesuatu lebih istimewa.

Penampilan bahagian luaran GTI Edition 50 disempurnakan lagi dengan filem penapis haba “Edition 50 VW” dan lambang “50” pada tiang-B, yang menunjukkannya sebuah model edisi khas.

Kit badan Oettinger terdiri daripada spoiler hadapan, spoiler belakang berwarna hitam dan peresap udara yang meningkatkan lagi gayaan luaran serta prestasi GTI Edition 50.

Ia turut dipasang dengan rim aloi ringan ‘Pretoria‘ bersaiz 18-inci bersama kemasan hitam berkilat, penutup hub roda “GTI” Dynamic dan penutup injap aluminium VW Design.

Ruang dalaman GTI Edition 50 menyerlahkan elemen yang membezakannya dengan GTI standard. Antaranya termasuklah emblem “50” pada bahagian tengah stereng, plat sisi aluminium “Edition 50” dan alas kaki hadapan “Edition 50”.

Model edisi eksklusif ini dijana enjin turbo 2.0TSI yang dipadankan dengan kotak gear cekam basah 7-kelajuan yang menghamburkan output sebanyak 245PS dan 370Nm daya kilas.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Ciri-ciri lain termasuklah sistem bunyi premium Harman Kardon berkuasa 480watt dengan 10 unit pembesar suara.

Ia dipadankan dengan sistem inforia Discovery Media bersaiz 10-inci bersama ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar serta kelompk instrumen digital berukuran 10.25-inci.

Aspek keselamatan disokong oleh teknologi IQ.DRIVE Volkswagen, di samping sistem bantuan pemandu tercanggih seperti Bantuan Kembara (Travel Assist) dengan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Sisi, Bantuan Hadapan, Bantuan Lorong dan paparan dongak (head-up).

Model GTI telah menawarkan pengalaman pemanduan yang sporty sejak diperkenalkan buat pertama kali pada acara Frankfurt Motor Show 1975.

Selepas hampir lima dekad dan lapan generasi kemudian, nama GTI terus mengekalkan posisinya selaku hatchback paling diminati di seluruh dunia.

GTI Edition 50 akan dipamerkan dalam acara Golf Fan Fest yang diadakan pada 24 Ogos 2024 bertempat di North Paddock Litar Antarabangsa Sepang. Ia juga boleh dilihat secara dekat di pengedar-pengedar Volkswagen mulai 17 Ogos 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply