ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen muncul syarikat paling banyak berhutang di dunia, jauh lebih tinggi dari hutang Afrika Selatan!

Berita Global

Views

Dalam kajian 900 syarikat teratas baru-baru ini, agak memeranjatkan apabila gergasi automotif dari Jerman, Volkswagen menghuni tangga teratas dalam carta syarikat yang paling banyak berhutang di dunia dengan jumlah hutang sebanyak $ 192 bilion (RM818.4 bilion)!

JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

Malah ini secara tidak langsung menjadikan jumlah hutang terkumpul syarikat tersebut jauh lebih tinggi daripada negara-negara seperti Afrika Selatan ($ 180.1 bilion) dan Hungary ($ 101.9 bilion). Sebilangan besar hutang Volkswagen adalah berkaitan dengan bahagian pembiayaannya yang besar.

Sebenarnya, Volkswagen bukanlah satu-satunya pengeluar kenderaan yang mempunyai banyak hutang kerana rakan senegaranya Daimler berada di tempat ketiga dengan jumlah hutang sebanyak $ 151 bilion (RM643.6 bilion). Toyota pula berada di tangga keempat dengan hutang sebanyak $ 138 (RM588.2 bilion), diikuti oleh Ford dengan $ 122 bilion (RM520 bilion) dan BMW dengan $ 114 bilion (RM485.9 bilion).

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!

Apa yang mengejutkan, dalam 10 senarai syarikat yang paling banyak berhutang di dunia, lima daripadanya adalah syarikat automotif. Untuk perbandingan, terdapat juga banyak syarikat besar di luar sana yang tidak mempunyai banyak hutang dan sebenarnya memiliki rizab tunai yang besar.

Antara syarikat-syarikat terebut adalah Alphabet dengan rizab tunai berjumlah $ 104 bilion, mengatasi Samsung yang mempunyai jumlah rizab tunai $ 78 bilion, Microsoft dengan $ 47 bilion, Facebook dengan $ 44 bilion, Song dengan $ 14 bilion, dan Alibaba Group dengan $ 13 bilion.

Akibat wabak COVID-19, hutang korporat global melonjak sekitar 12 peratus menjadi $ 9.3 trilion. Kata pengurus portfolio di Janus Henderson, Seth Meyer, kepada Reuters, COVID-19 telah mengubah segalanya dan sekarang adalah masa untuk memulihara modal serta membina penyata imbangan yang lebih kukuh.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Carscoops.com

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA
JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply