ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen perkenal ID.2all Concept – Model EV harga ‘Rahmah’ untuk Eropah, bakal tiba pada 2025

Berita Global

Views

Gergasi automotif Jerman, Volkswagen memperkenalkan ID.2all Concept yang memberi gambaran model produksi untuk pasaran Eropah yang dijangka tiba pada 2025.

Model ini direka merupakan salah satu daripada sepuluh model EV baharu Volkswagen yang dirancang untuk dilancarkan menjelang 2026. Apa yang menarik, tanda harga model ini akan bermula di bawah 25,000 euro (RM119,426).

Menurut Volkswagen, ID.2all akan mempunyai ruang seperti Golf, tetapi harganya ‘mampu milik’ seperti Polo. Ia dibina berasaskan pelantar MEB Entry, yang membolehkannya menjadi model ID yang pertama dipacu roda-hadapan.

ID.2all mempunyai ukuran dimensi 4,050 mm panjang, 1,812 mm lebar dan 1,530 mm tinggi, manakala jarak antara rodanya pula berukuran 2,600 mm.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Ia lebih pendek berbanding dengan Golf, namun mempunyai jarak roda yang sama. Susun atur ID.2all membolehkannya membawa muatan 490 liter sehingga 1,330 liter.

Model konsep ini menampilkan motor elektrik 222 kuasa kuda yang membolehkannya memecut dari 0-100 km/j kurang daripada tujuh saat.

Kelajuan maksimanya mampu mencecah 160 km/j dengan jarak tempuh sehingga 450 km (berdasarkan kitaran WLTP).

Dari segi reka bentuk, ID.2all menampilkan bahasa rekaan yang biasa dilihat pada model keluaran jenama tersebut. Tiang-Cnya diinspirasikan dari model generasi pertama Golf.

Wajahnya dihiasi dengan elemen pencahayaan yang memanjang antara kedua-dua lampu utamanya yang berada di atas bampar yang berbentuk senyuman.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Di belakang ia tampil dengan rekaan lampu yang ringkas, dengan bampar yang sporty dihiasi dengan diffuser kemasan hitam yang besar.

Di dalam kabin, ID.2all Concept dilengkapi dengan sistem inforia skrin sesentuh bersaiz 12.9-inci. Di bawah skrin tersebut terletak unit kawalan pendingin hawa dengan butang bercahaya.

Tombol kawalannya pula berada di konsol tengah untuk mengawal menu. Di antara butang kawalan pendingin hawa pula kelihatan butang untuk mengawal kelantangan audio.

Selain itu, ia dilengkapi dengan stereng rekaan baharu. Tahun ini, Volkswagen akan melancarkan ID.3 baharu, ID. Buzz versi jarak roda panjang dan ID.7.

Volkswagen juga bakal melancarkan SUV elektrik kompak pada 2026 dan sedang membangunkan sebuah EV dengan harga permulaan di bawah 20,000 euro (RM95,588).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply