ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen perkenal varian ‘Sound & Style’ untuk para pencinta muzik

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru memperkenalkan varian Volkswagen ‘Sound & Style’ yang disasarkan kepada para pencinta muzik. Varian dengan pakej ‘halwa telinga’ ini ditawarkan pada model Volkswagen Golf R-Line, Passat Comfortline, Passat Highline dan Tiguan Highline dengan aksesori bernilai sehingga RM16,000, bergantung kepada model.

Varian ‘Sound & Style’ dilengkapi dengan Volkswagen Approved Accessory HELIX 300W Soundbar yang dihasilkan oleh pakar hi-fi audio Jerman, HELIX. Ia dipasang di bahagian kompartmen barang dan soundbar ini merupakan amplifier 5-saluran dengan pemproses bunyi bersepadu dan subwoofer.

Sistem ini melengkapi sistem bunyi 8-pembesar suara sedia ada pada kereta tersebut dan ia membawakan kualiti bunyi yang lebih tinggi dan jelas, dengan penentukuran (calibration) tepat profil bunyi mengikut model yang berbeza. Selain itu, varian ini turut dipasang dengan Volkswagen Approved Accessories, yang terdiri daripada pedal sport aluminium, plet skuf sisi aluminium dan VW Tint.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Varian tersebut kini dipertontonkan di Volkswagen Tour yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya mulai 14hb Mei hingga 20hb Mei,  dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Pelanggan yang membuat tempahan mana-mana model Volkswagen di lokasi itu akan menerima tambahan rebat RM500 selain kad petrol RM1,000 percuma serta penjimatan hebat pada model-model terpilih.

Passat Comfortline ‘Sound & Style’
Harga: RM 188,690
Pilihan warna: Deep Black, Pure White, Reflex Silver
Varian ini didatangkan dengan HELIX 300W Soundbar, pedal sport aluminium, plet skuf sisi aluminium, rim aloi Dartford 18 inci dan VW Tint, pakej keseluruhan bernilai RM12,000.

Passat Highline ‘Sound & Style’
Harga: RM 211,390
Pilihan warna: Deep Black, Manganese Grey, Pure White, Reflex Silver
Varian ini didatangkan dengan HELIX 300W Soundbar, pedal sport aluminium, plet skuf sisi aluminium, rim aloi Verona 19 inci dan VW Tint, pakej keseluruhan bernilai RM16,000.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Tiguan Highline ‘Sound & Style’
Harga: RM174,990
Pilihan warna: Atlantic Blue, Deep Black, Pure White, Indium Grey, Tungsten Silver.
Varian ini didatangkan dengan HELIX 300W Soundbar, kemasan boot belakang, muncung ekzos krom, spoiler belakang berwarna hitam dan VW Tint, pakej keseluruhan bernilai RM9,000.

Golf R-Line ‘Sound & Style’
Harga: RM177,390
Pilihan warna: Atlantic Blue, Deep Black, Indium Grey, Pure White, White Silver Metallic dan Turmeric Yellow.
Varian ini didatangkan dengan HELIX 300W Soundbar dan VW Tint, pakej keseluruhan bernilai 4,000.

Semua model Volkswagen didatangkan dengan 3 tahun penyelenggaraan percuma, 5 tahun waranti tanpa had perbatuan dan 5 tahun bantuan tepi jalan. Layari www.volkswagen.com.my untuk maklumat lanjut.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply