Ini berita yang sangat menggembirakan! Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan harga baharu bagi model Polo 1.6 hatchback kini RM69,888* untuk masa terhad dengan bayaran ansuran serendah RM737* sahaja. Dikuasakan oleh enjin petrol berkapasiti 1.6-liter, 16-Injap Pancitan Pelbagai-Titik (MPI) berkuasa 105PS dan digabungkan bersama transmisi enam-kelajuan automatik dengan Tiptronic, Polo 1.6 mampu mencapai tork maksima 153Nm pada 3800rpm dengan hanya 6.3L bahan api untuk setiap 100km.
Polo 1.6 kini dilengkapi dengan pemain audio RCD 330G yang menawarkan pelbagai pilihan sambungan dengan paparan sentuh kapasitif, pemain cakera padat yang boleh memainkan format WMA/MP3, antara muka USB dan iPod, sokongan AUX-IN, slot SD card, dan sambungan Bluetooth dengan MirrorLink. Untuk maklumat lanjut, kunjungi bilik pameran Volkswagen terdekat atau layari laman sesawang www.volkswagen.com.my.
KLIK UNTUK BESARKAN
Gearbox DSG? baik ambik Axia 4 speed E-AT.
Service dan parts mahal berbanding jenama Jepun atau Malaysia dalam kelasnya. VPCM patut cuba kurangkan kos parts dan consumables spt contoh ATF yang dikatakan diimport dari German, sedangkan pengeluar asal dari Jepun.