ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Sg Besi dirasmikan

Views

Setelah tiga bulan beroperasi, Wearnes Automotive melancarkan outlet baharunya, Volkswagen Sg Besi. Pusat sehenti yang lengkap ini mampu memenuhi segala keperluan para pemilik kenderaan Volkswagen – dari segi aspek selepas jualan, servis, penyelenggaraan, alat ganti, badan dan cat, penjajaran, tayar serta servis pendingin hawa.

Volkswagen Sg Besi berkeluasan lebih 75,181 kaki persegi, mempunyai dua tingkat bangunan dengan kos pelaburan mencecah RM6 juta. Ia terdiri daripada ruang pameran yang boleh menempatkan sehingga sembilan buah kenderaan, selain pelbagai kemudahan selepas jualan.

Terdapat 34 ruang penyelenggaraan yang dikendalikan oleh 34 orang juruteknik bertauliah dan berpengalaman bagi memenuhi apa jua keperluan pelanggan. Tidak ketinggalan, naik taraf juga telah dilakukan ke atas peralatan dan kelengkapan selepas jualan. Demi kemudahan pelanggan, ruang parkir bertutup telah ditambah. Ruang menunggu moden yang lengkap dengan TV kabel dan Wi-Fi turut disediakan.

Waktu operasi Volkswagen Sg Besi: –

Bilik Pameran          

Isnin – Jumaat: 9am – 7pm

Sabtu: 9am – 6pm

Ahad & Cuti Umum: 10am – 5pm

Servis & Selepas Jualan           

Isnin – Jumaat: 8am – 8pm

Sabtu: 8:30am – 5pm

Ahad & Cuti Umum: Tutup

Badan & Cat           

Isnin – Jumaat: 8:30am – 6pm

Sabtu: 8:30am – 5pm

Ahad & Cuti Umum: Tutup

KLIK UNTUK BESARKAN

Photo 1(1) Photo 2 Photo 3(1) Photo 4(1)

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply