ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen tawar penjimatan hebat sempena ulang tahun ke-10

Views

Sempena meraikan ulang tahun ke-10nya di Malaysia, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan kempen “Jualan Ulang Tahun Volkswagen” yang bermula dari sekarang sehingga 31 Disember 2016. Warga Malaysia yang ingin membeli kereta baharu sebelum akhir tahun ini berpeluang menikmati penjimatan hebat untuk model terpilih.

Kepada peminat Polo Hatchback, mereka dapat berjimat dengan diskaun sehingga RM4,000, Golf (diskaun RM10,000), Beetle (diskaun RM16,000), Vento (diskaun RM10,000), dan Jetta (diskaun RM2,000). Selain itu, orang ramai juga boleh mengunjungi Volkswagen Roadshow di South Court, Mid Valley Megamall bermula dari 2 hingga 6 November 2016 untuk mendapatkan tawaran Jualan Ulang Tahun tersebut.

Kunjungi pengedar sah Volkswagen yang terdekat atau layari laman sesawang www.volkswagen.com.my untuk maklumat lanjut.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply