ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen tawar promosi istimewa sehingga RM10,000 sempena pembukaan semula

Berita Tempatan

Views

Selari dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan oleh kerajaan, semua pengedar Volkswagen kini sudah kembali beroperasi.

Bagi meraikan pembukaan semula perniagaan, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menyediakan tawaran ekslusif yang terdiri daripada insurans percuma selama setahun, rebat dalam talian sebanyak RM3,500 dan penjimatan tambahan sehingga RM6,500 untuk Passat Elegance.

Passat R-Line hadir dengan petrol percuma selama setahun, rebat dalam talian RM3,500 dan penjimatan tambahan sebanyak RM5,500. Peminat Tiguan Allspace Highline pula akan menikmati rebat dalam talian RM3,500 dan penjimatan tambahan sebanyak RM2,000.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Dengan pengecualian cukai sifar peratus ke atas semua model, pembelian sebuah Volkswagen adalah lebih berbaloi sekarang. VPCM ingin menyatakan bahawa produksi kenderaan Volkswagen di Malaysia buat masa sekarang tidak terjejas dengan masalah bekalan semikonduktor yang berlaku di seluruh dunia.

Tidak ada tempoh menunggu untuk mana-mana model kerana pengedar-pengedar Volkswagen mempunyai unit yang mencukupi. Bilik pameran kini dibuka untuk individu yang sudah melengkapkan vaksin masing-masing.

Mereka juga perlu mematuhi segala prosedur operasi standard terkini yang dikeluarkan oleh kerajaan serta langkah-langkah #SafeHands. Sebagai langkah keselamatan tambahan, hanya perunding jualan yang telah lengkap divaksin dibenarkan untuk memberi khidmat kepada pelanggan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Selari dengan SOP untuk negeri-negeri yang berada dalam fasa 2 PPN, individu yang sudah lengkap divaksin dibenarkan untuk memandu uji kereta. Semua model Volkswagen boleh dipandu uji, termasuklah model terbaharu, Arteon R-Line 4MOTION.

Sempena sambutan Hari Malaysia dan hujung minggu yang panjang ini, para pengedar Volkswagan akan menganjurkan acara bilik pameran secara maya bermula 16 hingga 19 September.

Pelanggan boleh melayari saluran media sosial pengedar Volkswagen tertentu untuk mengetahui tentang model dan tawaran-tawaran yang terkini. Maklumat lanjut, hubungi pengedar Volkswagen di pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply