ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Tour di 1 Utama bermula hari ini

Berita Tempatan

Views

Edisi pertama jerayawara Volkswagen Tour tahun 2020 membuka tirai minggu ini di Pusat Membeli-belah 1 Utama bermula 19 Februari (hari ini) sehingga 23 Februari. Acara bertempat di Centre Court, Aras Bawah (old wing) dan akan bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari dengan pelbagai rebat menarik menanti para pengunjung.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Anda boleh melihat model kegemaran yang akan dipamerkan, antaranya Beetle, Vento, Tiguan, Golf R-Line dan GTI, serta bintang acara tersebut, Passat Elegance baharu yang dilancarkan awal tahun ini. Menjadi penanda aras dalam kelasnya, Passat baharu dikuasakan oleh enjin 2.0TSI dan ia menjadi model pacuan roada hadapan pertama Volkswagen di Malaysia yang didatangkan dengan kotak gear 7-kelajuan klac basah dwi-kelajuan (DSG).

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Model ini turut menampilkan lampu hadapan dan belakang serba baharu dan sistem infohiburan yang telah dikemaskini sepenuhnya. Passat Elegance akan tersedia untuk dipandu uji sepanjang acara berlangsung bersama-sama Tiguan.

Pengunjung yang membuat tempahan di acara tersebut juga akan turut menerima tambahan baucar tunai petrol bernilai RM1,000 selain rebat yang sedia ada. Tawaran ini adalah eksklusif untuk Volkswagen Tour 1 Utama dan hanya sah sepanjang jerayawara berlangsung.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply