ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volocopter bakal lancar teksi udara di Singapura

Berita Global

Views

Syarikat mula niaga (startup) dari Jerman yang disokong oleh Daimler, Volocopter kini sedang mempertimbangkan untuk melancarkan teksi udara mereka di Singapura. Perkhidmatan itu nanti bakal menawarkan penerbangan komersial jarak dekat untuk pelanggan pada harga sewa limosin.

Menurut Autonews Europe, pengasas bersama syarikat itu, Alexander Zosel kini sedang bekerjasama dengan dengan pengawal selia di negara republik itu untuk mengadakan penerbangan ujian awam dalam beberapa bulan lagi.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Singapura, bersama-sama dengan Dubai dan Jerman adalah pasaran yang paling terbuka untuk teksi udara Volocopter. Dalam temubualnya bersama dengan Reuters, Zosel berkata untuk laluan komersil, mereka mempunyai dua profil pelanggan, salah satunya adalah pelanggan perniagaan.

Jadi ia mungkin terbang dari lapangan terbang ke pusat perniagaan, atau untuk pelancong yang terbang dari Marina Bay ke Sentosa. Volocopter kini sedang mencari lebih banyak lagi rakan kongsi dalam pusingan pendiri yang akan berakhir pada Januari 2020. Selain daripada Daimler, Intel dan Geely juga antara pendokong syarikat mula niaga ini, ketiga-tiga mereka memiliki sekitar 10 peratus kepentingan syarikat.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Perancangan untuk mengeluarkan teksi seakan dron yang menyerupai helikopter kecil (dikuasakan oleh 18 rotor) dalam tempoh dua hingga tiga tahun, dan 85 juta Euro (USD 93 juta) yang telah dikumpul setakat ini sudah pasti bakal membantu proses tersebut. Volocopter telah mencatat lebih daripada 1,000 jam ujian penerbangan, sebahagiannya dengan seorang juruterbang, manakala yang lain adalah dengan kawalan jauh.

Menurut Zosel, penerbangan komersial pertama akan dipandu, ini yang bermaksud hanya ada ruang untuk satu penumpang pada mulanya. Walau bagaimanapun, dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun, beliau berharap untuk beralih kepada penerbangan tanpa pemandu sepenuhnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply