ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Batu Pahat kini dibuka secara rasmi

Views

Volvo Car Malaysia baru-baru ini melancarkan Volvo Batu Pahat bersama dengan pengedar terbaharu, AJ Premium Motors Sdn Bhd. Pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) sepenuhnya ini akan memberi pilihan dan akses lebih baik kepada pelanggan jenama Volvo di Wilayah Selatan.

Sejak Volvo Car Malaysia memulakan transformasi program jualan dan selepas jualan, rangkaian pengedar Volvo telah bertambah daripada empat kepada sembilan termasuklah Volvo Batu Pahat, dengan lebih banyak pengedar yang dijangka beroperasi dalam tahun ini. Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland berkata terdapat minat yang semakin meningkat untuk model Volvo di Malaysia dan syarikat secara aktif menubuhkan pengedar di kawasan-kawasan strategik di sekitar Malaysia untuk menampung keperluan ini.

Volvo Batu Pahat mempunyai bilik pameran yang mematuhi piawaian Volvo Retail Experience (VRE) yang setanding dengan pengedar di Eropah dan pusat servis yang pastinya memberi nilai yang hebat kepada pemilik dan peminat jenama tersebut. Pusat 3S ini menampilkan ‘ruang tamu’ yang diinspirasikan dari Scandinavia di mana pelanggan boleh berehat dalam suasana yang nyaman dengan pencahayaan hangat dan udara yang bersih, sementara menanti kenderaan mereka diservis.

Bilik pameran ini dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang pada hari Isnin hingga Sabtu dan dari jam 11:00 pagi hingga 5:00 petang pada hari Ahad dan Cuti Umum. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 07-4312 222 atau hantarkan e-mel ke ke Pengurus Cawangan, En. Patrick Teo, di [email protected].

JOM BACA >> SUV Pertama Proton – Apa Yang Perlu Anda Tahu

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply