Volvo Buses dan Gemilang International Ltd (Gemilang) semalam telah melancarkan model bas elektrik bandar Volvo BZL-GML Eco Range serba baharu.
Bas elektrik bandar kelas premium yang berlantai rendah dengan dua pintu itu merupakan yang pertama dibina di dalam negara oleh Volvo.
Sempena pelancaran itu, satu upacara menandatangani perjanjian dengan Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) juga telah diadakan bagi melaksanaan operasi percubaan melibatkan Volvo BZL-GML Eco Range untuk perkhidmatan bas Rapid KL.
Mewakili Rapid Bus pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Yazurin Sallij. Operasi percubaan disasarkan bermula Julai 2024 ini dan dijangka berlangsung sekurang-kurangnya enam (6) bulan hingga satu (1) tahun.
Sebuah bas elektrik Volvo BZL-GML Eco Range akan beroperasi di Laluan 581 iaitu perjalanan Desa Tasik – LRT Bandar Tasik Selatan.
Chasis dan komponen pacuan kuasa yang cekap tenaga daripada Volvo BZL telah dibangunkan dan dibina berdasarkan standard tertinggi di kilang pengeluaran Volvo di Sweden.
Ia menggunakan bahan premium serta reka bentuk struktur termaju untuk memberikan kapasiti penyimpanan tenaga dan kekuatan yang terbaik.
Volvo BZL-GML Eco Range serba baharu menawarkan penyelesaian pengangkutan awam sifar emisi dan turut menyokong usaha elektrifikasi Rapid Bus yang akan menggantikan bas berenjin diesel dengan bas elektrik menjelang tahun 2030.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Bas elektrik ini dijangka dapat mengurangkan emisi karbon dioksida sehingga 60 peratus atau sekitar 329kg bagi setiap penumpang setahun untuk setiap perjalanan sejauh 15,000km, berbanding dengan bas berenjin diesel bagi jarak perjalanan yang sama.
Dibina di atas varian chasis Volvo BZL 4×2, GML Eco Range binaan tempatan direka untuk menawarkan operasi bas bandar yang efisien.
Ia menampilkan rekaan lantai rata sepenuhnya dan rendah dari bahagian hadapan ke belakang, memberikan kestabilan dan akses lebih mudah kepada penumpang.
Badan bas ini juga mempunyai reka bentuk modular yang boleh dibina mengikut keperluan pelanggan. Reka bentuk modular menyumbang kepada kos pembaikan yang lebih rendah, mengurangkan tempoh tidak dapat beroperasi dan memudahkan urusan penyimpanan alat ganti.
Bas ini boleh membawa sehingga 91 orang penumpang dengan kapasiti 33 tempat duduk termasuklah kerusi keselamatan, kerusi untuk golongan tertentu, kerusi boleh lipat dan ruang penumpang berdiri, bergantung kepada pilihan panjang badan bas. Badan bas ini boleh diubah suai dari sepanjang 10.6 hingga 12.5 meter.
Dari segi keselamatan, Volvo BZL-GML Eco Range dilengkapi dengan pelbagai teknologi brek termaju yang merangkumi brek cakera Volvo, Sistem Brek Elektronik (EBS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengatur Gelincir Pecutan (ASR), Brake Blending, Bantuan Mula Mendaki (HAS) dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC).
Sebagai tambahan, ciri-ciri keselamatan lain seperti amaran pelepasan, amaran pelanggaran, kamera 360 dan e-cermin akan ditawarkan sebagai pilihan.
Chasis eletrik mempunyai sistem keselamatan multi lapisan dengan standard yang mematuhi syarat perundangan Eropah bagi memastikan tahap keselamatan maksimum sepanjang masa, terutama berkaitan dengan pengurusan suhu.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Keselamatan sangat diambil berat dalam semua aspek Sistem Penyimpanan Tenaga bas tersebut. Ia melibatkan reka bentuk dan pek sel bateri, pencegahan litar pintas dan terputus sambungan, sistem pengurusan bateri serta kawalan pengurusan suhu bagi melindungi daripada kerosakan.
Dalam keadaan kerosakan yang agak mustahil untuk berlaku, sel bateri dan bahagian sekitarnya direka untuk ‘memadamkan dirinya sendiri’ dengan cara mengeluarkan agen menghapuskan suhu secara automatik supaya sel bateri berhampiran tidak rosak. Ciri itu terbukti berkesan dalam ujian yang telah dijalankan berulang-ulang kali.
Bas elektrik Volvo BZL-GML Eco Range menawarkan pengecasan yang fleksibel melalui perkakasan antara muka OppCharge untuk pengecasan berkuasa tinggi automatik dan soket pengecas CCS. Storan tenaga diletakkan di atas bumbung, sekali gus memberi ruang lebih luas kepada penumpang dan mengoptimumkan agihan berat.
Bas ini dilengkapi sistem pendingin udara yang berkuasa dan cekap. Ia disokong oleh Sistem Penyimpanan Tenaga yang mengoptimumkan bekalan tenaga supaya dapat digunakan dengan cara paling efisien.
Badan bas dibina menggunakan panel kaca dua salutan berkualiti tinggi yang membolehkan cahaya masuk ke dalam kabin pada waktu siang. Pada masa sama, kaca itu menghalang kemasukan haba panas matahari dan bunyi bising trafik dari luar.
Ruang pemandu pula dilengkapi kluster instrumen supaya bas ini mudah dipandu. Kerusi keselamatan direka secara ergonomik dan mekanikalnya untuk menawarkan pelbagai ciri ubah suai yang mampu meningkatkan keselesaan pemanduan secara keseluruhannya.
Rangkaian kuasa yang mencecah 400 kW (540 kuasa kuda) membuatkan pecutan dan keupayaan menaiki bukit Volvo BZL-GML Eco Range sangat mudah, malah ia menawarkan kuasa tork yang serta-merta.
Pengurus Negara Volvo Buses Malaysia, Marcus Mak berkata, pengenalan Volvo BZL-GML Eco Range akan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan rangkaian industri melalui peningkatan pemahaman terhadap teknologi mobiliti elektrik termaju.
Pengarah Eksekutif Gemilang International Ltd, Pang Jun Jie berkata, dengan kerangka badan aluminium, bas ini menawarkan aspek ketahanan, tahap keselamatan dan prestasi alam sekitar luar biasa yang sesuai untuk digunakan sebagai kenderaan pengangkutan awam di Malaysia.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI