ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Car Finance tawar kadar pembiayaan rendah dan fleksibel

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Finance meletakkan keutamaan tertinggi pada perkhidmatan pelanggan dan kepuasan dengan tawaran yang direka untuk memberikan pengalaman premium Volvo.

Antara kelebihan utama Volvo Car Finance termasuklah:

  • Kadar faedah serendah 1.88% setahun (setara dengan kadar rata) untuk semua kenderaan Volvo bagi semua tempoh pembiayaan;
  • Tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun, dengan jumlah kemudahan maksimum sebanyak RM500,000;
  • Pilihan untuk memasukkan Pakej Penyelenggaraan dan Aksesori Prabayar ke dalam kemudahan pembiayaan;
  • Kemudahan yang serupa dengan pinjaman perumahan atau pembiayaan yang membolehkan pengurangan baki pokok dan caj keuntungan

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, melalui Volvo Car Finance, pihaknya memperkasakan para pelanggan untuk merasai pengalaman pemilikan peribadi mereka. Volvo Car Malaysia memperkenalkan Volvo Car Finance melalui perkongsian dengan RHB Bank Berhad (RHB).

Ia termasuk pengurangan baki pembiayaan yang memanfaatkan kadar berubah dengan faedah yang disemak semula ke atas jumlah tertunggak, untuk memberi manfaat kepada pelanggan yang ingin melabur lebih banyak dalam pembayaran prinsipal mereka.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Pengarah Urusan Komuniti Kumpulan di Kumpulan Perbankan RHB, Jeffrey Ng pula mengulas, pihaknya amat teruja dengan apa yang bakal dibawa oleh perkongsian ini dan berharap untuk menyokong pelanggan Volvo dengan fleksibiliti memiliki kenderaan Volvo yang mereka inginkan.

Untuk butiran lanjut mengenai Volvo Car Finance, sila layari www.volvocars.com/my atau hubungi mana-mana pengedar sah kereta Volvo yang berhampiran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply