ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Car Malaysia lancar Volvo XC90 B5 Inscription Plus – Harga bermula dari RM386,842

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia baru-baru ini melancarkan varian baharu Volvo XC90 B5 Inscription Plus, SUV hibrid-ringan di bawah kenderaan segmen-B. Varian baharu ini tersedia sebagai tambahan kepada barisan kenderaan Volvo XC90 Recharge T8 Inscription Plus.

Dengan rangkaian kuasa elektrik bersepadu, Volvo XC90 B5 Inscription Plus dilengkapi dengan enjin pengecas turbo 4-silinder yang dipacu oleh transmisi automatik 8-kelajuan dengan Geartronic yang mampu menjana output 249 kuasa kuda dan 350Nm daya kilas.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, pengenalan varian baharu ini memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk memilih rangkaian kuasa yang sesuai dengan keperluan mereka.

Volvo XC90 B5 Inscription Plus masih mengekalkan ciri unik Volvo iaitu kamera pandangan keliling 360°, roda 20-inci dan sistem bunyi Bowers & Wilkins.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Ia turut dilengkapi ciri keselamatan seperti Bantuan Kekal Lorong, Amaran Trafik Lintang serta Brek Kecemasan Autonomi dan Sokongan Stereng. Harga yang ditawarkan adalah bermula dari RM386,842.12.

Empat pilihan warna ditawarkan dan ia kini tersedia untuk tempahan di semua pengedar sah Volvo di Semenanjung Malaysia. Di Timur Malaysia pula, Volvo XC90 B5 akan tersedia di bilik pameran mulai 5 Mac depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply