ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Car Malaysia mula eksport ke Vietnam dan Filipina tahun ini

Berita Tempatan

Views

Demi memastikan Malaysia menjadi hub kenderaan elektrik, Volvo Car Malaysia akan memulakan eksport ke negara Vietnam dan Filipina tahun ini. Syarikat tersebut telah pun memulakan penghantaran ke Indonesia tahun lalu.

Pada bulan Mac 2022, mereka telah memperkenalkan kenderaan SUV premium elektrik pertamanya di Malaysia, Volvo XC40 Recharge Pure Electric. Ia telah menerima sambutan yang cukup memberangsangkan apabila 400 pesanan diterima hanya dalam bulan pertama setelah pelancarannya.

Pada Disember 2022, syarikat tersebut memperkenalkan kenderaan elektrik pemasangan tempatan kedua mereka, Volvo C40 Recharge Pure Electric.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Volvo Car Malaysia kini berada di landasan yang tepat dengan sasaran untuk 75 peratus daripada hasil jualan mereka datang daripada barisan Recharge Pure Electric menjelang tahun 2025 serta menjadi syarikat kereta elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Sebahagian daripada inisiatif elektrifikasi mereka untuk Malaysia adalah melalui pengenalan platform ‘Online Sales’. Ia merupakan inisiatif pertama syarikat tersebut untuk menjual kereta secara terus kepada para pelanggannya di Malaysia.

Para pembeli yang berminat boleh merujuk panduan langkah demi langkah untuk menggunakan platform ‘Online Sales’ Volvo Car Malaysia di pautan ini.

Volvo Car Malaysia merupakan pembuat kereta mewah pertama di Malaysia yang menawarkan rangkaian penuh kenderaan pemasangan tempatan (CKD) kenderaan hibrid ‘plug-in’ (PHEV), dan juga merupakan pembuat kereta pertama di Malaysia dengan kilang pemasangan tempatan yang menghasilkan kenderaan elektrik sepenuhnya.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Syarikat tersebut menutup tirai tahun 2022 dengan rekod jualan sebanyak 3,194 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 43 peratus berbanding tahun sebelumnya, serta menandakan pertumbuhan jualan untuk tahun ketujuh berturut-turut.

Mereka juga turut merancang untuk meningkatkan jumlah kenderaan elektrik yang terjual, seiring dengan matlamat tahun 2025.

Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, eksport kenderaan pemasangan tempatan mereka merupakan salah satu daripada langkah untuk menjadikan Malaysia hub kenderaan elektrik di rantau ASEAN.

Dengan kemampuan untuk memasang kenderaan elektrik secara tempatan, kilang pemasangan Volvo Car Malaysia merupakan peluang cemerlang untuk mereka mengukuhkan lagi kedudukan sebagai pembuat kereta elektrik premium terkemuka dan memacu rakyat Malaysia ke arah masa hadapan serba elektrik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply