ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Malaysia lancar C40 Recharge Pure Electric, harga RM 288,888

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia hari ini melancarkan SUV elektrik sepenuhnya yang pertama, Volvo C40 Recharge Pure Electric. Model ini merupakan kenderaan elektrik mewah kedua yang dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia.

Ia dijual pada harga atas jalan RM 288,888 dengan lima pilihan warna menarik, iaitu Crystal White, Black Stone, Silver Dawn, Sage Green dan warna terbaharu Fjord Blue.

SUV ini dilengkapi dengan rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya yang menghasilkan output sebanyak 408 kuasa kuda dan 660Nm daya kilas.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Ini membolehkannya memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa 4.7 saat. Ia juga mampu bergerak sejauh 450km dengan sekali cas, dan turut menampilkan keupayaan mengecas sehingga 80 peratus dalam masa 28 minit.

Volvo Car Malaysia juga mencatat sejarah dengan pengenalan platform secara dalam talian ‘Online Sales‘ yang julung kalinya diperkenalkan untuk menjual keretanya secara terus kepada para pelanggan di Malaysia.

Platform e-dagang tersebut yang akan membolehkan para pelanggan membuat tempahan dan bayaran secara terus kepada Volvo Car Malaysia melalui laman web rasminya www.volvocars.com/my, bermula jam 8 malam ini.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Volvo Car Malaysia turut menawarkan beberapa pakej tanpa kerumitan untuk setiap pembelian C40 Recharge Pure Electric yang merangkumi:

  • Waranti kenderaan selama 5 tahun
  • Waranti bateri HV selama 8 tahun atau 160,00km (mana yang terdahulu)
  • Bantuan pinggir jalan selama 5 tahun
  • Bantuan Volvo Service Included (VSI) selama 5 tahun atau 100,000km (mana yang terdahulu)
  • Bantuan khidmat digital selama 4 tahun
  • Kabel pengecas kereta

SUV elektrik ini boleh mula ditempah bermula hari ini (14 Disember) mulai jam 8 malam dan pelanggan boleh mengunjungi semua pengedar sah Volvo di Malaysia untuk melihat sendiri kenderaan tersebut mulai esok (15 Disember 2022).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply