ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo S90 Recharge T8 dilancarkan

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia hari ini melancarkan model Volvo S90 Recharge T8 yang dikemaskini dengan kemasan luaran, dalaman baharu serta dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dan teknologi terkini. Model sedan premium ini dibangunkan dari pelantar Scalable Product Architecture (SPA).

Ia dikuasakan oleh penjana Volvo Drive-E dan turut dilengkapi dengan enjin berkembar T8 bersama bateri boleh cas semula jenis lithium-ion yang berupaya menghasilkan 407 kuasa kuda dan 640Nm daya kilas.

Menurut Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam Volvo Car Malaysia, Akhtar Sulaiman, model ini tampil dengan rekaan Recharge yang baharu serta menakrifkan semula konsep ‘perjalanan dalam gaya’ dan mempamerkan ‘kemewahan’ namun pada masa sama masih mengutamakan aspek ‘keselamatan’.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Rekaan model ini mirip kepada model XC90 apabila S90 Recharge T8 yang mengabungkan reka bentuk minimalis serta menghasilkan imej premium. Ciri berkenaan termasuklah rekaan lampu utama LED gaya “Tukul Thor”, jeriji menegak krom dengan Volvo Iron Mark dan penggunaan rekaan kemasan Volvo yang menonjol pada bahagian belakang.

Lampu belakangnya juga telah dikemaskini dengan rekaan mirip kepada model Volvo S60 T8 R-Design yang dilancarkan baru-baru ini. Motif Scandinavian turut diserapkan ke dalam kabin kereta ini termasuk rekaan bilah udara menegak di setiap sisi antara muka Sensus, tempat duduk hadapan baharu dan bumbung suria.

Panel Sensus pada model ini menampilkan dua socket USB di bahagian hadapan bagi sambungan kepada Apple Carplay dan Android Auto. Manakala skrin sesentuh berbentuk potrait 9-inci pula membolehkan akses mudah dan pantas kepada semua menu ciri keselamatan, dan aplikasi hiburan-dalaman kereta.

Model S90 Recharge T8 turut memperkenalkan sistem bunyi Bowers & Wilkins dengan 19 pembesar suara dengan kekuatan bunyi 1,400W bersama pembesar suara Tweeter-on-Top yang terletak kemas di atas papan pemuka. Sistem pembesar suara model ini turut dilengkapi dengan teknologi pembesar suara Nautilus™, kubah-berkembar penciap (tweeter) aluminium baharu dan kon pembesar suara jarak-pertengahan dalam bentuk komposit Continuum™.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Selain itu, terdapat gabungan ciri unik yang berbeza mengikut bunyi mod bilik seperti mod dewan konsert , yang diinspirasikan daripada kualiti bunyi akustik terkenal, Gothenburg Concert Hall. Manakala, mod bunyi Jazz Club pula akan membawakan pengalaman suasana bunyi teater Swedish atau kelab jazz kepada pemandu dan penumpang kereta ini.

S90 Recharge T8 juga tampil dengan pelbagai ciri keselamatan standard Volvo, antaranya casis yang diperbuat daripada besi boron yang digabungkan dengan sistem Intellisafe Volvo yang merangkumi Sestem Maklumat Titik Buta (BLIS), Keselamatan Bandar, Amaran Lintasan Trafik, Amaran dan Sokongan Mitigasi Hadapan dan Belakang, Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Pemandu, pengehad kelajuan 180 km/j dan banyak lagi.

Volvo S90 Recharge T8 dijual pada harga RM358,888, namun kini ia ditawarkan pada harga RM339,315 selepas pengecualian cukai jualan (atas-jalan tanpa insurans). Selain itu, varian T5, kini berharga pada RM328,888 (sebelum pengecualian cukai jualan), akan boleh didapati bermula dari Jun 2021. Harga yang dikecualikan cukai jualan tertakluk kepada pengumuman yang akan dibuat.

Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerajaan, tempahan model ini juga boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang Volvo Car Malaysia. Lima pilihan warna ditawarkan, iaitu Bright Silver, Crystal White Pearl, Onyx Black, Platinum Grey dan Thunder Grey.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply