ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Trucks catat jualan memberangsangkan – 450 unit trak berjaya dijual tahun lepas

Berita Tempatan

Views

Volvo Trucks (Volvo) mencatatkan prestasi perniagaan memberangsangkan bagi tahun kewangan 2018 dengan merekodkan jualan keseluruhan sebanyak 450 unit trak tugas berat premium kepada para pelanggannya di Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 266 unit ialah model Volvo FM, 138 unit model Volvo FMX serta 46 unit model utama Volvo FH yang terdiri daripada dua varian iaitu FH13 dan FH16.

Pengarah Urusan Volvo Trucks Malaysia, Mitch Peden berkata, secara keseluruhannya, mereka mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 18 peratus berbanding tahun 2017. Ia banyak disokong oleh usaha berterusan mereka untuk meningkatkan kecekapan operasi dan kecemerlangan terhadap para pelanggan.

Walaupun berdepan dengan pelbagai situasi eknomi yang tidak menentu, keputusan ini merupakan pencapaian yang hebat, namun ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada syarikat-syarikat yang mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Keputusan jualan ini turut disumbang oleh trak berkualiti tinggi yang digemari oleh pemandu trak di Malaysia, selain peningkatan sokongan selepas jualan kepada pelanggan yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Di Malaysia, Volvo kini menawarkan tiga model trak iaitu Volvo FM, Volvo FMX dan Volvo FH yang setiap satunya boleh diubah suai dengan spesifikasi yang menepati aplikasi industri. Volvo FM ialah sebuah model yang versatil untuk pelbagai industri. Volvo FMX pula merupakan model yang memiliki pelbagai inovasi terbaik bagi tugas perlombongan dan pembinaan yang lebih efisien. Model utama dan paling premium, siri Volvo FH telah pun dilancarkan ke pasaran Malaysia dua tahun lalu.

JOM BACA >> Adakah ini model skala kereta terbang pertama Malaysia?

Siri trak Volvo FH kini semakin popular dalam kalangan pelanggan kerana ia dibina dengan kuasa dan tork luar biasa, dilengkapi pelbagai ciri inovatif, tahap keselamatan terbaik, lebih menjimatkan dan tempoh operasi yang lebih tinggi.  Menurut Volvo Malaysia, beberapa perkhidmatan selepas jualan telah diperkenalkan tahun lalu. antaranya Perancangan Servis Volvo, Jaminan Pemasangan Alat Ganti 24 Bulan dan Lanjutan Tempoh Operasi Bengkel.

Program Perancangan Servis Volvo merupakan satu pelan khas sesi pra-penyelenggaraan yang dibuat berdasarkan kepada maklumat penggunaan trak seperti beban yang dibawa, kondisi jalan dan jarak perbatuan kenderaan. Ia bertujuan menghalang masalah kerosakan secara tiba-tiba yang boleh menjejaskan perniagaan pelanggan.

Mekanik, ruang servis dan alat ganti ditempah terlebih dahulu bagi memastikan servis kenderaan dapat disiapkan dalam tempoh yang dianggarkan. Di bawah program Jaminan Pemasangan Alat Ganti 24 Bulan, Volvo akan membaik pulih atau menggantikan secara percuma alat ganti tulen Volvo yang dipasang oleh juruteknik Volvo bertauliah di mana-mana pengedar sahnya.

Lanjutan Tempoh Operasi Bengkel yang kini ditawarkan di pengedar utama Volvo di Pelabuhan Klang pula membolehkan pelanggan membawa trak Volvo mereka untuk diservis dan diselenggara di luar waktu operasi standard bengkel serta pada hari Sabtu. Peden juga menyatakan bahawa strategi Volvo berkisar tentang kepuasan dan produktiviti pelanggan yang disempurnakan menerusi tiga nilai utama syarikat iaitu keselamatan, kualiti dan penjagaan alam sekitar.

Nilai-nilai ini berpusat di sekitar semua yang dilakukannya termasuklah penyelidikan dan pembangunan, teknologi dan inovasi, ujian produk sehinggalah penjagaan dan hubungan dengan pelanggan. Volvo Trucks bakal meraikan ulang tahun ke-50 di Malaysia dan jelas Peden lagi, mereka akan terus fokus ke arah usaha memacu kecemerlangan dan kecekapan, serta menawarkan nilai kepada para pelanggan.

JOM BACA >> AAM hilang hak penganjuran acara sukan bermotor di Malaysia – Adakah MAM bakal jadi pengganti?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply