ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Trucks Malaysia tawar promosi selepas jualan untuk penyejuk tulen Volvo

Views

Volvo Trucks Malaysia mengumumkan promosi selepas jualan untuk penyejuk tulen Volvo pada pakej yang menarik khusus untuk pelanggan Volvo Trucks. Penyejuk tulen Volvo telah dibangunkan bersama dengan enjin, dan kedua-duanya telah menjalani ujian dan penambahbaikan yang sama, menjadikannya sebahagian daripada enjin. Terdapat dua jenis penyejuk – Volvo Coolant VCS Ready Mixed dan Volvo Coolant, kedua-duanya berasaskan Monoethyleneglycol (MEG).

Penggunaan produk tulen Volvo adalah sangat penting untuk mengekalkan jangka hayat kenderaan kerana penyejuk inferior boleh mengakibatkan hakisan, kebocoran, deposit dan sistem penyejuk enjin terlalu panas yang mungkin menyebabkan kerosakan serius pada enjin Volvo. Apabila enjin Volvo menggunakan penyejuk tulen, ia membantu untuk mencegah kebocoran, hakisan dan kakisan, secara tidak langsung meningkatkan jangka hayat enjin sambil mengurangkan kos penyelenggaraan bagi syarikat dan kerosakan trak yang tidak dijangka.

Pakej penyejuk Volvo dijual dengan harga RM498 untuk 8 botol Volvo Coolant VCS Ready Mixed atau 4 botol Volvo Coolant. Harga promosi ini akan tamat pada hujung tahun atau sementara stok masih ada. Selain itu Volvo Trucks Malaysia turut menawarkan diskaun 60 peratus kepada mana-mana alat ganti tambahan yang berkaitan dengan sistem penyejuk semasa tempoh kempen (sebagai contoh : pam penyejuk, radiator dan hos). Diskaun hanya terpakai apabila alat ganti yang dipasang untuk trak itu datangnya dari salah satu daripada 13 bengkel yang diberi kuasa oleh Volvo Trucks di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply