ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Trucks raikan pencapaian 50 tahun di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Volvo Trucks bakal meraikan ulang tahun ke-50 pencapaian dan kejayaannya di Malaysia pada tahun ini. Syarikat ini telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1969 di bawah Federal Auto Industrial Sdn. Bhd., setahun selepas kilang pemasangan Swedish Motor Assemblies mula beroperasi di negara ini. Model pertama yang dibawa masuk ke Malaysia pada ketika itu ialah trak N Series dalam bentuk siap dipasang sepenuhnya.

Ia merupakan trak jongket (tipper) dan tugas berat yang menampilkan ciri tali pinggang keledar tiga poin yang direka oleh Volvo. Ia juga menjadi antara trak pertama yang memiliki ciri keselamatan penting tersebut. Selama lebih lima dekad, Volvo Trucks telah melancarkan pelbagai trak baharu dan membuka pusat pengedaran di seluruh Malaysia.

Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mitch Peden berkata, Volvo Trucks sangat gembira untuk meraikan ulang tahun ke-50nya di Malaysia pada tahun ini. Ia merupakan satu pencapaian paling bermakna dan syarikat amat berpuas hati dengan semua yang telah dicapai selama lima dekad.

Peristiwa penting warisan sejarah Volvo Trucks di Malaysia:

Tahun 1969

  • Bermulanya operasi Volvo Trucks di Malaysia dan pengenalan model trak jongket (tipper) dan tugas berat N Series yang sudah siap dipasang sepenuhnya.



JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?

Sepanjang tahun 1970-an

  • Pemasangan tempatan (CKD) trak N Series bermula dan tali pinggang keledar 3 poin dipasang pada semua unit.
  • Sepanjang dekad ini, Volvo Trucks mencatat beberapa kejayaan seperti pengenalan enjin turbo yang digunakan pada trak F Series.
  • Trak Volvo F88 dibekalkan kepada pasukan Tentera Diraja Malaysia.

Tahun 1980-an

  • Pengenalan enjin Euro 1 pada model FL10 dan menjadi jenama trak pertama yang melancarkan beg udara dan tag gandar 6×2.
  • Melancarkan beberapa model trak F7, F10, F12, FL10, N10, N12 dan NL12.
  • Menyerahkan trak N10 kepada Jabatan Bomba dan kumpulan pertama trak pembalakan N12 kepada pelanggan di Malaysia Timur.

Tahun 1990-an

  • Ketibaan enjin Euro 2 serta model-model FL10, FL12 dan FH12 terbaharu.
  • Pengenalan Perjanjian Servis Biru dan Emas untuk memenuhi keperluan pelanggan yang mahukan penyelenggaraan pencegahan serta pembaikan dengan kos lebih efektif.
  • Pasukan Servis Kerosakan buat pertama kalinya diperkenalkan.

Selepas tahun 2000

  • Model Volvo FM9 dan FM12 dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2002.
  • Pelancaran Pusat Khidmat Pelanggan (CCC) untuk memberikan sokongan servis kerosakan 24/7.
  • Pelancaran program Latihan Pemandu Volvo dan acara tahunan Fuelwatch Challenge.
  • Pengenalan transmisi Volvo I-Shift.
  • Melantik Dai Lieng Machinery Sdn. Bhd. sebagai pengedar utama pertama Volvo di Malaysia Timur pada tahun 2008.
  • Melabur sebanyak RM75 juta untuk menaik taraf rangkaian jualan dan pengedar Volvo di Kuantan, Prai, Ipoh dan Sibu telah berpindah ke lokasi baharu yang lebih luas.

JOM BACA >> Daihatsu sedang persiapkan DN-Trec versi produksi – Adakah ia bakal calon pengganti Perodua Kembara?

  • Menubuhkan pengedar di Kota Bharu.
  • Pengedar di Pelaburan Klang diiktiraf sebagai cawangan utama yang memberi khidmat kepada sekurang-kurangnya 3,000 buah trak Volvo.
  • Volvo FM dan FMX dilancarkan pada tahun 2014.
  • Memperkenalkan Volvo Dynafleet ke pasaran.
  • Model premium Volvo FH Series (varian FH13 dan FH16) dilancarkan pada tahun 2017.
  • Menaja hampir RM500,000 untuk membina satu sistem melawan kebakaran untuk kediaman rumah panjang Bario Asal Lembaa dan lima pondok eco sepanjang laluan hutan Bario sejauh 25km pada tahun 2018.
  • Dalam dua tahun kebelakangan ini, Volvo Trucks telah melancarkan Pelan Servis Volvo, program Jaminan Alat Ganti Tetap selama 24 bulan dan Lanjutan Tempoh Operasi Bengkel Pelabuhan Klang.

Strategi Volvo berkisar tentang membuat perubahan yang lebih bermakna menerusi penyelesaian pengangkutan yang lebih mapan, pintar dan efisien buat industri, pelanggan serta komuniti. Dipacu oleh tiga nilai utama kami iaitu keselamatan, kualiti dan penjagaan alam sekitar, Volvo Trucks telah berjaya berada di Malaysia selama 50 tahun. Volvo juga akan kekal fokus dalam memacu kecekapan, inovasi dan kecemerlangan kepada semua pemegang saham.

JOM BACA >> Bilakah Proton Iriz dan Persona facelift akan dilancarkan?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply