ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo tunjukkan bagaimana beg udara pejalan kaki pada model V40 hatchback berfungsi

Views

[youtube=http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=8wH6iNQUUI8]

[youtube=http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ktq3wvm6kyY]

Volvo memang terkenal dengan ciptaan inovatif mereka untuk keselamatan kenderaan. Ini terbukti dengan hasil inovasi mereka untuk model V40 hatchback, terciptanya beg udara pejalan kaki yang pertama di dunia. Video di atas menunjukkan bagaimana ia berfungsi.

Volvo berkata di Eropah, 14 peratus kematian dalam kemalangan maut merupakan pejalan kaki, manakala di Amerka Syarikat, jumlahnya ialah 12 peratus dan di China, 25 peratus.

Pengeluar kereta Sweden tersebut telah meletakkan tujuh sensor yang di bahagian hadapan untuk menghantar isyarat kepada control unit di mana apabila diperlukan, bahagian hadapannya akan menaikkan bonet kereta sekitar 100mm (lebih kurang 4 inci) menerusi mekanisma pyrotechnic dan membuka beg udara, sebagai penampan apabila melanggar pejalan kaki.

Beg udara tersebut mempunyai dua fungsi, pertama ia menaikkan bonet untuk menghasilkan jarak dan juga sebagai penampan impak sekitar permukaan keras berdekatan cermin hadapan.Sistem tersebut akan diaktifkan pada kelajuan di antara 20km/h dan 50 km/h (12mph dan 31mph).

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments

Leave a Reply